Di sebalik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang, ura-ura mengaitkan beberapa Exco Kerajaan Negeri akan bertukar kerusi dari Dewan Undangan Negeri (Dun) ke Parlimen semakin jelas kedengaran.
Malah, dikatakan exco berkenaan mula mempersiapkan diri, melakukan kerja-kerja parti lebih awal dengan menjelajah daerah yang bakal ditandinginya, untuk menguatkan sokongan sekiranya pimpinan Pusat mengesahkan pencalonan beliau.
Pemindahan kerusi ini dikaitkan dengan percaturan Pakatan Pembangkang yang didalangi oleh Si Ketua Penipu tu sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
Mengulas isu tersebut, bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun tidak menolak kemungkinan beberapa exco akan beralih kerusi ke parlimen.
Menurutnya, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkang PAS Kelantan sebelum ini pernah melakukan perubahan dengan menukar exco ke peringkat pusat.
“Oleh itu, sekiranya pertukaran ini berlaku, ia tidak mustahil, namun saya tidak tahu siapa dia, tetapi jika ada sekalipun, perubahan saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon boleh berlaku sekiranya Pas merasakan ia perlu dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.
Ketika ini Kerajaan PAS Kelantan mempunyai sembilan exco yang diterajui oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala timbalannya Ahmad Yakob.
Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Husam Musang dan Pengerusi Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah Ahmad Yakob masing-masing mempunyai jawatan di peringkat Pas Pusat.
Untuk rekod, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ditukarkan ke peringkat parlimen dan bertanding di Pengkalan Chepa.
Dalam pada itu Abd Fatah yang juga timbalan exco Kerajaan Negeri mengakui tidak semua hal ehwal dalaman parti boleh didedahkan kepada masyarakat walaupun ahlinya sendiri.
“Dalam isu ini, tidak semua perkara kita boleh sebut, ada yang begitu sensitif yang melibtkan strategi untuk menawan hati rakyat, oleh itu ahli Pas harus memahami pekara ini,” katanya.
Ps: Makin segak la Si Husam Musang tu berjalan kalau dia dapat jadi Ahli Parlimen. Boleh la dia berlagak lebih sikit. Selama ni, setakat jadi ADUN, orang tak pandang sangat.
Tapi, apa gunanya kalau dia jadi Ahli Parlimen kalau otak macam budak tadika!!! Baik suruh budak tadika je jadi Ahli Parlimen kalau macam tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.