Rabu, April 11, 2012


Alahai. Apa la nasib. Dah elok - elok kahwin dan dapat anak, pun masih lagi tak mampu nak menjamin kebahagiaan. Tapi mungkin juga itu semua hidayah Allah S.W.T.

Kalau dia kahwin hari tu pun penuh dengan spekulasi berkaitan dengan restu keluarga. Jadi, kemungkinan itu memang wujud.

Pokok pangkalnya, kebahagian hidup ni bergantung kepada individu tu sendiri. Jika mereka redha dengan ketetapan Allah S.W.T, Insya Allah, hidup mereka akan dipermudahkan.

Tapi, kalau diorang asyik nak pertikaikan setiap sesuatu dalam kehidupan, tak mustahil juga Allah akan menyusahkan mereka dalam pelbagai segi.

Mungkin itulah juga yang menimpa Si Ketua Penipu dan konco - konco dia tu. Selama hari ini, dia asyik sangat mempertikaikan itu dan ini.

Masa dia ada kuasa, dia lupa nak menjalankan tugas dan tanggungjawab dia kepada rakyat sedangkan itu amanah yang perlu dia pikul.

Jadi, disebabkan dia alpa dan lupa diri, maka Allah tarik balik keistimewaan yang dia miliki suatu ketika dulu dan merempat seperti hari ini.

Ke hulu ke hilir menagih simpati rakyat untuk menjadikan dia Perdana Menteri. Dia lupa. Hak untuk menetapkan siapa jadi pemimpin ni juga Hak Allah. Bukannya hak dia nak mintak - mintak!!!
Kisah pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Rita telah pun menerima SMS permohonan cerai daripada suaminya. Tambah menyedihkan, SMS tersebut diterima ketika Rita ketika hari jadinya yang ke 36. 
Dalam SMS berkenaan Aidil menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.” 
Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka. Kata Rita:-
Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya 
Semoga Rita tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. bang mat sabu akan tersenyum meleret & penuh makna bila baca berita ni....

    BalasPadam
  2. bisa lah bila ado rupao ..laku lagie.. lupo dirie..nantie laa..bilo jadi macei A..tu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping