Fuh!!! Makin serabut la Kepala Hotak Si Khalid Gagap ni. Disebabkan buadak - budak Mahasewel tu, dia sekarang berada dalam tekanan.
Ada kemungkinan isu yang dibangkitkan ini merupakan satu taktik secara tak sengaja yang dibuat oleh Azmin Ali untuk memburukkan kepimpinan Khalid Gagap di Selangor.
Kalau sebelum ni, isu berkaitan dengan UNISEL telah dibangkitkan. Itu pun diorang dah tergagap - gagap nak jawab sampai terpaksa buat alasan yang bukan - bukan.
Ada ke diorang kata Kerajaan Negeri tak mampu nak biayai yuran UNISEL secara penuh sedangkan Kerajaan Negeru untul berbillion - billion.
Mana perginya janji diorang nak bagi pendidikan percuma kepada rakyat? Takkan setakat cakap je yang diorang tau kot!!!
Lepas tu, dah la diorang kata pelajar Unisel ni tak de kualiti. Setakat kutip untung pulak tu. Kenapa tak guna keuntungan tu untuk tanggung budak - budak yang belajar tu sendiri?
Walau apa pun, isu berkaitan dengan pinjaman PTPTN ni banyak memakan diri mereka sendiri. Sekarang, Si Khalid Gagap tu perlu menjawab desakan dari para peminjam ni. Kalau setakat cakap kosong je, baik tak payah!!!
KUALA LANGAT - Peminjam skim Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya memansuhkan bayaran pinjaman berkenaan terlebih dahulu sebelum meminta kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Peminjam, Hafez Shuriddin meminta Kerajaan Negeri menukarkan pinjaman berkenaan kepada biasiswa jika ingin menjaga kebajikan rakyat.
“Ini tidak pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak terlebih dahulu mempraktikkan memansuhkan pinjaman SUK itu, tetapi sibuk memperjuangkan untuk memansuhkan PTPTN.
“Jika benar negeri berkebajikan sekali gus Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Penasihat Ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan tindakan berkenaan segera tanpa mengarahkan mana – mana pihak untuk mencabar PTPTN supaya dimansuhkan,” katanya di Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat.
Hafez, berkata, beliau kesal isu PTPTN dibangkitkan sedangkan Kerajaan Negeri lebih mendesak dengan menghantar surat peguam sebanyak empat kali dengan setiap caj sebanyak RM100 kepadanya sebagai peminjam SUK.
Katanya, beliau yang tamat pengajian pada 2003 diarah menjelaskan pinjaman RM24, 050 dan sepatutnya memulakan pembayaran pinjaman berkenaan pada 2004 hingga 2011 tetapi pernah didesak untuk menjelaskan bayaran secara pukal RM 9,857.
Hahahaha tukang cakap pon sama je naik lemak, pinjam duit taknak bayar. Haaaaaraaaam tauuu.
BalasPadam