Selasa, April 17, 2012


Tengok berapa banyak masalah yang dibawa oleh puak - puak Mahasewel tu kepada Menteri Besar Badut ni sampai menggaru kepala dibuatnya.

Kalau sebelum ni, mereka dicabar untuk memberikan pendidikan percuma di UNISEL dan menghapuskan pinjaman Kerajaan Negeri.

Tak dapat nak jawab isu tu, Si Rafizi Jambu pulak tabur minyak dengan mengatakan yang Kerajaan Negeri Selangor tak mampu nak bagi pendidikan seumpama itu.

Malah, dia jugak kata yang pelajar Unisel ni tak de kualiti jika dibandingkan dengan pelajar Universiti lain. Mereka tak layak untuk diberikan bantuan.

Bantuan sepatutnya diberikan kepada pelajar - pelajar Oxford macam dia yang diiktiraf dunia. Kalau bagi pada Universiti Negeri ni, hanya bagi keuntungan kepada Negeri je.

Sekarang kita lihat, berapa ramai budak Unisel yang sanggup direndahkan taraf pendidikan mereka oleh pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang.

Bukan setakat Unisel je yang diorang serang. Sebaliknya, semua Universiti Negeri lain seperti UMP dan lain - lain. Semuanya tak de kualiti belaka!!!

Jangan cakap la pasal isu pendidikan percuma yang memang diorang tak mampu nak bagi tu. Nak selesaikan isu Naib Canselor pun masih bertangguh, apa cerita?
BESTARI JAYA – Status Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menjadi tanda tanya selepas pelantikannya ke jawatan itu sejak 2 Ogos 2011 masih belum disahkan Kerajaan Negeri.

Perkembangan semasa itu menimbulkan persoalan adakah pentadbiran universiti milik Kerajaan Negeri itu sekali lagi akan bertukar tangan untuk kali ke empat sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Sinar Harian difahamkan, Dr Anuar sehingga kini masih belum menerima sebarang surat pengesahan jawatan oleh Kerajaan Negeri biarpun jawatan yang dipangku sejak enam bulan lalu telah disahkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika dirujuk menjelaskan, Kerajaan Negeri mempunyai alasan tersendiri melewatkan lantikan Naib Canselor Unisel itu meskipun KPT sudahpun menyerap masuk jawatan yang kini disandang Dr Anuar.

Menurutnya, Kerajaan Negeri mempunyai prosedur tertentu bagi menetapkan setiap lantikan jawatan tertinggi dalam Unisel yang perlu mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah.

“Pelantikan Naib Canselor akan dibincangkan dan ditentukan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Unisel kerana universiti milik penuh Kerajaan Negeri ini dikendalikan syarikat tidak seperti universiti lain.

“Saya tidak mahu mempersoalkan tindakan KPT yang menyerap masuk jawatan Naib Canselor Unisel itu meskipun Kerajaan Negeri masih belum berbuat perkara yang sama,” katanya.
Itu pun Si Khalid Gagap ni masih lagi memberikan alasan yang bukan - bukan semata - mata untuk menutup kelemahan diri dia sendiri.

Kalau itu pun dia tak dapat nak selesaikan, macam mana pulak dia nak selesaikan masalah lain yang berkaitan dengan pendidikan!!! Setakat cakap mengabihkan air liur boleh la!!! Suruh buat, HARAM satu pun diorang tak reti buat!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Anwar sibuk nak mansuhkan ptptn.. kenapa x beri pendidikan percuma di Selangor? Selangor kan kaya.. Depa ni terdesak nak tarik pengundi golongan muda..

    Tuan blog yg dihormati, sy dh link blog tuan di blog sy & jd folower. Mohon tuan follow dan link blog sy di blog tuan :) http://merahmato.blogspot.com
    Terima kasih

    BalasPadam
  2. Bagi aku, memang patut pon mereka cuba untuk membiayai pelajar2 UNISEL, boleh anggar dari situ samada PTPTN bolej dimansuhkan atau tidak. TAPI, apasal lah kempen kerajaan macam setan je? Pedulik la dengan Anwar tu, tak payahla nak focus kat dia & apa yang dia cakap. Dia takde, ingat takde orang lain yang akan jadi Ketua Pembangkang? Pergi highlight isu2 peribadi dia, orang naik meluat. Bodoh. Ko nak tarik undi daripada siapa, agak2? Tak ramai yang sokong Anwar, tapi yang benci Kerajaan sangat ramai. Kempen2 murahan macam sekarang ni lagi mengukuhkan pilihan orang untuk tolak kerajaan.

    BalasPadam
  3. krisis unisel: reformunisel.blogspot.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping