Selasa, April 17, 2012


Kalau semalam, puak Mahasewel tu mencarut - carut bila Ustaz Fathul Bari memberikan nasihat kepada mereka kerana menggunakan ritual keagamaan lain terhadap PM.

Dalam siri demo yang diorang buat sabtu lalu, mereka berarak dengan membawa gambar PM dan Menteri Pengajian Tinggi yang dikalungkan dengan bunga.

Ritual yang menyerupai agama Hindu itu ditegur kerana mampu membawa ke arah kekufuran dan menjadi Khurafat bagi mereka yang beragama Islam.

Demi menegakkan benang mereka yang basah, mereka kata perbuatan mereka itu tidak berdosa. Dan sebab itulah mereka memaki hamun Fathul Bari dengan carutan.

Sekarang, adakah mereka akan buat benda yang sama bila Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu keluarkan teguran yang sama?

Itulah. Orang dah cakap. Kalau ilmu pun tak habis belajar, jangan la buat benda yang bukan - bukan!!! Sedar la diri tu sikit. Kalau dah buat salah tu mengaku je.

Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah pemimpin diorang pun buat benda yang sama. Jadi anak - anak buah pun ikut la jugak. Kalau Si Ketua Penipu tu pun boleh 'Kowtow' pada mayat bukan Islam, inikan pulak kalau setakat kalung bunga pada yang beragama Islam!!!
KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah meminta masyarakat mengelak menggunakan simbol kematian bukan Islam terhadap orang Islam.


“Jika simbol menepati kematian bukan Islam, hendaklah dielakkan supaya tidak timbul reaksi yang tidak sihat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, bagi mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beberapa hari lalu.



Abu Bakar bagaimanapun menggalakkan orang ramai melakukan sebarang luahan atau ketidakpuasan hati menepati kehendak syarak.



Abu Bakar ketika ditanya mengenai hukum sekiranya menggunakan simbol tersebut terhadap orang Islam bagaimanapun enggan mengulas, namun mengulangi supaya tindakan sama perlu dielakkan pada masa depan.
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Mereka yg buat kerja tu memang confirm buta AlQuran dan Jahil Agama

    BalasPadam
  2. kalau dia sendiri jatuhkan hukum pada dirinya sendiri budak tadika pun tau jawapanya.

    BalasPadam
  3. Ayah pin pun pinjam ptptn juge ker ? cam ayah pin jek orang tuu..sedara adam adli kowt !

    BalasPadam
  4. pacek ni kena heret skali dlm demo 2 bg memnuhi kuato y nk berdemo~
    al maklum.....sket sgt y dtg bdemo bbnding yg dicanangkn.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping