Ini satu kisah yang Semut dapat ketika pergi ke kawasan Jengka baru - baru ni. Jumpa pulak dengan beberapa orang muda yang duduk di sana.
Ada dikalangan mereka yang mengenali Semut dan bertanya mengenai dunia siber serta perkembangan isu - isu terkini. Semut hanya jawab setakat yang Semut faham.
Dalam keasyikan beborak, ada dikalangan mereka yang bertanya mengenai beberapa orang blogger lain yang ada di Pahang sama ada yang Pro BN atau Pro Pembangkang.
Bila satu nama blogger ini disebut, ada seorang lelaki menyampuk dan menyatakan bahawa dia kenal dengan blogger tersebut. Malah mereka satu sekolah.
Sekarang, nama panggilan dia dah bertukar. Kalau zaman sekolah dulu, orang kampung panggil dia Jalut. Tak pulak dia cerita kenapa mereka panggil dia dengan gelaran tu.
Dari apa yang disampaikan oleh lelaki tersebut, Si Jalut ni dulu memang satu sekolah dengan dia dan sering dibuli oleh pelajar - pelajar lain masa duduk di Asrama.
Bukan sebab dia lembik atau sebagainya. Tapi sebab dia suka sangat perasan tak tentu arah. Sama la macam sekarang ni ye tak.
Lebih teruk dari itu, Si Jalut ni juga pernah di Kristiankan oleh Mubaligh pada suatu ketika dizaman sekolahnya dulu. Masa tu dia keluar ke bandar pada hari hujung minggu.
Mereka keluar ke bandar beramai - ramai. Tapi Si Jalut ni suka berjalan sorang - sorang macam Kera Sumbang. Jadi, dalam dok dia merayau tu, dia jumpa dengan Mubaligh ni.
Lelaki yang menceritakan perkara itu melihat dengan mata kepala dia. Mubaligh tu menceritakan beberapa perkara dan memberi Si Jalut ni minum satu minuman.
Bila mereka balik semula ke asrama, Si jalut ni mula melalut benda yang bukan - bukan sambil mempertikaikan mengenai Islam.
Perbuatan Si Jalut tu telah menggemparkan satu sekolah!!! Terpaksa Ustaz yang ada disekolah tu mentarbiah dia semula agar kembali ke jalan yang benar.
Demikian kisah seorang blogger yang besar nama dia di Pahang ni. Begitu mudah dia diperdaya dan terpedaya dengan orang sehingga sanggup menggadaikan agamanya sendiri.
Jadi, bagaimana mungkin kita boleh percaya dengan apa yang cuba hendak disampaikan kepada kita sedangkan dia sendiri pun mudah sangat kena tipu!!! Lagi pun, dah berapa banyak kali dia kantoi menipu pun!!!
Takde aku jumpa blog jalut.blogspot.com hehehe
BalasPadamKaum kerabat Labu gak la ni
BalasPadam