Sabtu, April 21, 2012


Wah!!! Bukan main marah lagi blogger Pakatan Pembangkang ni dengan tindakan Mahaswel tu rupanya ye. Sampai siap dicop 'Macam Gampang'.

Tapi, nak buat macam mana yetak. Dah memang itu tarafnya budak - budak Mahasewel ni. Nama pun dah Sewel. Jadi apa dia buat pun memang MACAM GAMPANG!!! Gampang pun, dok ikut jugak cakap pemimpin Pakatan Pembangkang. Bertambah la GAMPANGNYA!!!
MAAFLAH kalau pendekatan bahasa penulis hari ini nampak agak kasar.  Ini tidak sama sekali bermaksud penulis mahu merendahkan martabat blog ini sehingga setaraf blog-blog pro UMNO yang gemar menggunakan kaedah sedemikian, tapi ianya semata-mata untuk menyatakan kekesalan penulis dalam soal penganjuran demonstrasi pemansuhan PTPTN yang masih berlangsung sekarang.
Jika ada yang terlupa, penulis ingin menyebutkan disini bahawa ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil risiko yang sangat besar dalam mengenengahkan isu pemansuhan pinjaman PTPTN ini.
Selain menghadapi perbalahan dalaman dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, Anwar juga perlu mengadakan jelajah seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai soal pemansuhan ini, kerana sebagai pembayar cukai, rakyat adalah ‘ahli lembaga Pengarah’ negara yang perlu ‘endorse’ janji ini sebelum ia boleh di laksanakan Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya kelak.
Ini bukan kerja yang kecil anak, ini adalah satu usaha besar-besaran dengan risiko tersendiri.  Risiko yang besar ini perlulah diterjermahkan dalam bentuk sokongan yang lebih besar juga.  Hakikat ini yang sepatutnya difahami oleh semua yang terlibat.
Ini tidak, penulis lihat tiada usaha bersungguh-sungguh oleh para mahasiswa untuk menjayakan visi mulia ini.
Sudahlah perhimpunan yang dirancang pada Sabtu lepas gagal mencapai matlamat seramai 5,000 orang demonstrant, usaha lanjutan dengan berkhemah di Dataran Merdeka sejak seminggu lepas juga tidak mendapat sambutan yang diharap-harapkan.
Contohnya semasa Anwar meluangkan masa melawat pelajar di Dataran Merdeka pada Khamis, jumlah keseluruhan pelajar yang hadir mendengar amanat beliau hanyalah sekitar 500 orang!!  Jumlah ini bukan setakat jauh dari menyakinkan, malah hanya memalukan Anwar sebagai pemimpin ulung Pakatan Rakyat.
Mahasiswa Macam Gampang!!
Di mana silapnya?  Dengan 1.9 juta orang yang bakal mendapat kelebihan dari pemansuhan PTPTN ini, kenapa sukar sangat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5,000 orang atau paling tidak memenuhkan Dataran Merdeka itu dengan khemah-khemah pelajar seperti yang pernah disebut Safwan Anang di hadapan Anwar.
Ini tidak, sudahlah penganjur gagal mengumpulkan mahasiswa dan peminjam PTPTN untuk turut serta, penganjur mengambil orang luar pula untuk menyertai demonstrasi yang sepatutnya dihadiri mahasiswa dan peminjam PTPTN!!
Budaya buruk yang dibawa orang luar ini telah sedikit sebanyak merosakkan perjuangan suci membantu rakyat dengan memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma.  Itu belum lagi disebut tindakan bercampur lelaki dengan perempuan yang berleluasa di khemah para peserta tanpa memikirkan batasan agama.
Mahasiswa Macam Gampang!!
Penulis menerima banyak rungutan dari pemimpin dan aktivis PAS yang jelas tidak senang dengan perkembangan seumpama ini.  Walaupun disebut-sebut bahawa perhimpunan ini dianjurkan oleh mahasiswa, tapi Pakatan Rakyat tertap terkait dengannya, dan itulah yang membuatkan PAS sangat tidak senang.
Sesuatu perlu dibuat untuk membetulkan semua permasalahan ini.  Jangan tunggu sehingga isu ini menjadi masalah yang akhirnya nanti akan memalukan Datuk Seri Anwar dan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat. - Sumber
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. dah jatuh pun maruah pakatan rakyat di mata kami sekeluarga.
    sebab tindakan bodoh mahasiswa yang pro-pakatan ini, kami tidak nampak sebarang kelebihan pun jika pakatan rakyat memerintah.
    maaf kerana kami tidak akan mengundi pakatan rakyat pada pilihanraya akan datang.
    sila buat lebih baik dan meyakinkan dan tunjukkan kualiti anda.

    BalasPadam
  2. Majoriti umat di Malaysia ni memang tidak bersetuju dan memandang rendah dengan tahap kebebalan peserta demo ni..bagi kami depa hanya umpama nyamuk kecil..tak de kesan dengan rakyat lain..kami hanya akan gelak dan berkata BODOH HAHAH

    BalasPadam
  3. Memang anwar sedang diaibkan dan pakatan pembangkang sudah tiada integriti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping