Isnin, April 23, 2012


Uik??? Ni hutang apa pulak? Hutang PTPTN jugak ke? Ke hutang pinjaman MARA? Bukan. Ini hutang Si Nurul Izzah tu dengan penduduk Kampung Kerinchi.

Selama dia jadi Ahli Parlimen, dia hanya tau berjanji. Tapi, tak satu pun janji tu yang dilunaskannya. Semuanya tertangguh belaka. Bila dia nak langsaikan hutang tu semua?

Inilah masalahnya kalau pemimpin tu hanya tau bercakap je, tapi kerja satu HAPAH pun dia tak buat!!! Setakat mengabihkan masa dan air liur je buat apa!!!
AKK? - Bulan lepas aku pernah bangkitkan tentang perangai biadap kuncu-kuncu Nurul yang menghina agama Islam dengan bersantai di dalam surau dengan memakai baju ketat, seluar pendek dan yang paling dahsyat, memakai kasut di dalam surau.

Penduduk Kerinchi yang aku jumpa pun rata-rata meluat tengok perangai kuncu-kuncu si Nurul ni.

Tapi masih ada di kalangan penyokong Pakatan Haprak yang cuba membela Nurul. Apa kata mereka?

“Nurul memang salah kerana biarkan anak buahnya berperangai tidak senonoh di dalam surau. Tapi ni semua kerana mereka tak faham Islam. Kalau mereka faham, mereka takkan buat macam tu.”

Ini pada aku,adalah alasan yang paling lemah pernah aku dengar.

Mereka ni orang Malaysia. Dah duduk di Malaysia berpuluh-puluh tahun. Takkan sampai sekarang masih tak tahu adab di dalam surau? Pelancong pun tahu kena tutup aurat di dalam surau. Kena buka kasut. Tapi benda asas macam tu pun kuncu-kuncu Nurul tak tahu?

Atau mungkin mereka tak peduli kerana Nurul sendiri tak ambil kisah tentang perkara ini? Maklumlah, dia ni kan Islam liberal. Hukum liwat pun Nurul kata kuno dan patut diubah. Tak percaya? Boleh baca di sini dan di sini.

Pemimpin patut didik anak buahnya. Tapi kalau pemimpin sendiri dah tak kisah pasal Islam, macam mana anak buah nak hormat Islam?

Apa pula peranan PAS dalam isu ini? Mereka kan kononnya memperjuangkan Islam? 

Mengapa tak bantu didik anak buah Nurul tentang adab di dalam masjid dan surau?

Oooooh, aku lupa. PAS dah gugurkan perjuangan negara Islamnya. Sekarang ni PKR lebih layak cerita pasal Islam dari PAS.

Buktinya?

Exco Agama Islam di Selangor adalah orang PKR.

Exco Agama Islam di Pulau Pinang adalah orang PKR.

Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun adalah orang PKR.

Nurul sendiri ialah orang PKR, maka sudah tentu dia lebih layak ajar anak buahnya pasal Islam dari mana-mana orang PAS. Hasilnya? Tengoklah sendiri apa yang jadi di Kerinchi!!

Kuncu-kuncunya pakai baju ketat, seluar pendek dan kasut di dalam surau!!

Ini memang betul macam ketam ajar anak berjalan. Nurul sendiri dah senget, anak buahnya terus dah mereng nak tumbang.

Dan sehingga kini, walaupun penduduk Kerinchi dah berbuih mulut marah tentang isu ini, Nurul masih buat tak kisah.

Ada dia minta maaf atas perlakuan keji kuncu-kuncunya? TAK!!

Ada dia bagi jaminan perkara ni takkan berulang lagi? TAK!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping