Rabu, April 25, 2012


Kalau semalam, satu pendedahan mengenai tingkah laku buruk Si Nurul Izzah ni telah didedahkan kepada umum oleh team Berita Lembah Pantai (BLP).

Ianya mengenai surat layang yang dikeluarkan dari pejabat Nurul Izzah yang menyatakan status mereka sebagai pengundi.

Kononnya, Nurul Izzah kata nama penduduk tersebut telah dihilangkan dari senarai semak daftar pemilih SPR bagi suku ketiga 2011.
"Ya, saya menghantar kira-kira 1,000 surat hujung minggu lalu kepada orang yang merupakan pengundi yang lalu di Lembah Pantai tetapi nama-nama telah hilang dari daftar pengundi suku ketiga 2011Mereka mungkin telah dipindahkan keluar dari bahagian pilihan raya itu. Ini adalah pemberitahuan dan juga menjelaskan dengan mereka jika mereka benar-benar telah berpindah atau tidak, "katanya kepada  FMT.
Sepanjang Semut membantu kerja - kerja mendaftar pemilih dengan pihak SPR, senarai semak yang dikeluarkan bagi setiap suku adalah bagi pendaftaran yang sebelumnya.

Ia bukanlah senarai penuh bagi semua pemilih yang telah didaftar sepanjang tempoh tersebut. Suku ketiga adalah bagi mereka yang daftar sewaktu suku kedua bagi setiap tahun.

Kalau dia nak semak senarai nama keseluruhan daftar pemilih dikawasan dia, maka dia perlu menyemak Senarai Daftar Induk (SDI) terlebih dahulu.

Jadi, kalau Si Nurul Izzah ni menganggap bahawa nama - nama pemilih yang dia hantar surat tu tidak ada dalam senarai adalah tidak benar.

Pernah ke dia semak senarai penuh sebelum dia semak senarai suku ketiga tu? Pernah tak dia semak semula dan buat perbandingan mengenai perkara tersebut?

Kalau baru bukak buku tanpa membaca keseluruhan cerita, boleh tak kita buat andaian mengenai bagaimana ia akan berakhir? Inilah contohnya.

Si Nurul Izzah ni sebenarnya tak habis baca pun pasal Politik ni. Dia setakat baca muka surat depan je. Lepas tu dia buat konklusi dia sendiri.

Maka itulah hasilnya. Orang suruh semak daftar penuh. Dia semak ikut suku. Dah tak pasal - pasal, dia pulak yang jadi 3 suku. Tak ke malu tu?

Kalau orang cakap Si Nurul Izzah ni bodoh, dia marah. Kononnya dia nak tunjuk yang dia ni cerdik. Tapi, cerdik dia pulak sombong nak mampos!!! Habis macam mana orang tak marah?

Sudah la Nurul oi!!! Jangan la asyik nak memperbodohkan orang tak tentu arah. Orang pun bukannya bodoh sangat sampai tak tau apa putar belit yang dia buat selama ni. Setakat bercakap je. Tapi buat kerjanya tak reti!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping