Sabtu, Februari 06, 2016

Hahaha!!! Bijak,. Memang bijak rupanya Si Rafizi ni. Tak rugi dia dapat Biasiswa Penuh yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan sebelum ini. Tak sia - sia duit rakyat yang bayar cukai.

Dan kebijaksanaan Si Rafizi tu ternyata telah digunakan sepnuhnya bagi memberikan semula keuntungan. Tapi untung diri dia sendiri la, bukan untung kepada rakyat yang berada dibawah.

Hasil dari kebijaksanaan Si Rafizi tu berjaya membuahkan hasil apabila dia menerima keuntungan dari Bonus Tahunan yang mencecah hampir RM 25 ribu dalam akaun Tabung Haji dia.

Sebagai rekod, Si Rafizi tu mempunyai simpanan di Tabung Haji yang hampir mencecah RM 500ribu pada tahun 2014. Tahun 2015, Si Rafizi tu mula hasut rakyat agar mengeluarkan simpanan mereka.

(PS: Dengar kata, Si Rafizi tu marah bila orang dedahkan jumlah simpanan Tabung Haji dia. Jangan lupa baca juga: CONTOHI RAFIZI, HABIS DUIT TABUNG HAJI DIKELUARKAN!!!)

Kononnya, kata Si Rafizi, tindakan mengosongkan duit mereka dalam simpanan tu wajar dilakukan kerana mendakwa Tabung Haji menggunakan duit pendeposit untuk bayar hutang 1MDB.

Selain itu, Si Rafizi tu juga sebelum ini turut mempertikaikan kelewatan pemberian Bonus Tahunan oleh pihak Tabung Haji dengan mendakwa kononnya sebab Tabung Haji dah takde duit.

Maka, ramai la rakyat diperingkat bawah yang termakan dengan hasutan Si Rafizi tu mengambil tindakan mengeluarkan semua duit simpanan mereka tanpa meninggalkan SATU SEN pun.

Tapi, bila pihak Lembaga Tabung Haji mengumumkan pemberian Bonus Tahunan pada kadar 8 peratus, Si Rafizi tu sendiri meraih keuntungan yang hampir mencecah RM 25 ribu, hasil simpanan dia sendiri.

Yang dah keluarkan duit simpanan sebelum ini tanpa meninggalkan SATU SEN tu lansung tak dapat apa. Apa yang diorang dapat hanya bau Tengit Kena Kencing dengan Si Rafizi ni. Itulah padahnya bila suka sangat percaya dengan Kaki Fitnah macam Si Rafizi ni!!!


Yang dah keluarkan deposit Tabung Haji kerana terpengaruh dengan temberang Rafizi 0% dividen dan bonus..  yilek. Rafizi dapat dividen dan bonus dekat RM24,000.00
Posted by Friends Of BN Hulu Selangor on Friday, 5 February 2016
Categories: ,

11 ulasan:

  1. Senang sunggoh melayu yang setengah layu di tipu hidup2 oleh sa2 orang....

    BalasPadam
  2. Rafizi tak pernah TIPU jumlah duit simpan dalam TH, bahkan dia dedahkan setiap sen duit dia dan jumlah simpan dalam ASB, jumlah kereta, rumah dll lama dulu. Ada dedak tanya dalam blognya, darimana Rafizik dapat duit sebanyak itu sedangkan dia masih muda, baru 37 tahun sudah ada simpanan TH lebih 4 ratus ribu, Asb juga lebih 400 ribu. Cer korang google cari kelulusan akademik, profesional dan pengalaman bekerja Rfizi. Dia bukan lulusan SRP atau beli degree macam Azeez, pengerusi TH. Dia memang dapat duit tu hasil titik peloh dan usahanya bukan di DERMA oleh PAK ERAB.
    Btw, aku bukan peminat Rafijik taw, aku pun tak suka si pondan ni tapi aku juga tak suka orang mengada-adakan cerita semata-mata untuk menimbulkan shak wasangka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada gak yang back up di pondan ni. konon cerdik. cerdik lagi azeez rahim. dalam tabung haji rugi..rasa gak bonus 8%.
      cerdik si pondan..mulut cabul bawa fitnah. ketulah lembu kot....

      Padam
    2. Tiada siapa yang bertanya darimana duit dia datang. Orang tidak pertikai duitnya dari simpanan, komisyen, under table, konsensi bulanan pasir dll. Yang orang marah dia suruh orang keluar simpanan dari Tabung Haji kerana dia cakap TH tak relevan, penyelewengan, lungkup dan bungkus tapi dia tak keluar simpanannya diTabung Haji. Orang yang keluar tak dapat apa2 dia yang hasut dapat dividend. Jahat punya orang.

      Padam
  3. Dia dapat upah dari dap laa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fitnah menjadi makanan harian pondan ni..Allah laknatilah pondan penfitnah ni....karektor orang MUNAFIK...kerja kuat mcmne pun xkan dpt kumpul rm 500k..asb hampir rm 500k...within few yrs...bukan semua melayu bodoh mcm geng dia tu...

      Padam
  4. bukan semua yg rafizi kata tak betul tpi bukan semua jg yg dia kata tu betul...kna cari mklumat betul2 baru blh kata apa yg rafizi kata itu betul.

    BalasPadam
  5. Tak perlu kata apa-apa kepada Rafizi. Dia tidak ada perasaan. Dia tak tahu malu. Semua yang dia kata adalah gurauan ataupun joke. Biarlah dia dengan jokenya. Pengundi dikawasan Pandan pun sama tidak ada perasaan.

    BalasPadam
  6. Tak perlu kata apa-apa pada Rafizi. Dia tidak ada perasaan. Dia tidak tahu malu. Yang dia tahu fitnah. Patutlah dia menang di Pandan kerana pengundinya juga tidak ada perasaan dan tak tahu memilih wakil rakyat.

    BalasPadam
  7. Walaupun sirapiji ni dilabel pandai sgt..bahasa tubuh dia nampak sgt otak penipu

    BalasPadam
  8. Walaupun sirapiji ni dilabel pandai sgt..bahasa tubuh dia nampak sgt otak penipu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping