Selasa, April 03, 2012


Berikut disiarkan satu kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Si Khalid Gereja berhubung satu isu di Negeri Pahang tak berapa lama dahulu:
“Mahkamah telahpun membuat keputusan, janganlah mengaburi pihak awam. Bagi sebuah Kerajaan Negeri tidak mengendahkan langsung keputusan mahkamah… ia (Kerajaan Negeri itu) sama ada bangkrap atau terdiri daripada sekelompok samseng”.

Demi meraihkan lagi simpati umum, seorang lagi daripada 10 orang yang mogok lapar itu telah berjanji untuk menderma sekurang-kurangnya RM3 juta kepada badan-badan kebajikan jika Kerajaan Negeri membuat bayaran ke atas tuntutan tersebut.

Pada Februari lepas pula, seorang yang mendakwa dirinya sebagai pelabur dalam Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd telah turut mogok lapar serta mengugut membakar dirinya jika Kerajaan Negeri terus mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi pada 2007 itu.

“Saya mahu rakyat Pahang dan Malaysia tahu bahawa rakyat menolak pemimpin yang cuba untuk menipu orang ramai. Mereka ini, tidak berbeza daripada perompak.



“Jika setiap pemimpin kita seperti pemimpin Pahang, adakah pelabur asing akan terus datang?” katanya di tempat melancarkan mogok lapar di padang Kota Damansara, Selangor sepertimana dilaporkan oleh portal berita pro-pembangkang berkenaan.


LAPORAN ‘HALF-TRUTH’ PORTAL BERITA PRO PEMBANGKANG

Dan portal berita tersebut berlaku tidak adil lagi kepada Kerajaan Negeri apabila turut melaporkan bahawa, “Mahkamah Rayuan pada 2009, memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob tidak perlu membayar RM63 juta kepada syarikat balak Seruan Gemilang Makmur kerana tersilap dinamakan sebagai responden dalam kes melanggar perjanjian itu.


“Bagaimanapun, Hakim Datuk Zaleha Zahari memutuskan bahawa RM63 juta yang terhutang kepada Seruan Gemilang, masih perlu dibayar,”  tanpa portal berita tersebut melakukan semakan terperinci ataupun sengaja mendiamkan hakikat betapa beberapa keputusan mahkamah selepas itu, ada dibuat dan pula memihak kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang seterusnya Kerajaan Negeri.

Begitulah jahatnya puak-puak pembangkang termasuklah organisasi media pro-pembangkang ini, yang gemar menceritakan yang ‘half truths’ serta fitnah, demi kepentingan masing-masing.
Tapi itu dulu. Semua laporan yang dibuat oleh portal Pro Pembangkang tu tentu tak akan mendedahkan berita yang ini pulak:
INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Disebalik puak-puak pembangkang memainkan isu Kerajaan Negeri bangkrap dan samseng ekoran kononnya mengabaikan keputusan mahkamah sebelum ini mengenai keperluannya membayar jutaan ringgit kepada sebuah syarikat pembalakan;

Mahkamah Rayuan yang bersidang pada Khamis, 29 Mac di Istana Kehakiman, Putrajaya, memutuskan bahawa syarikat tersebut – Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, ialah pihak yang perlu membuat pembayaran berkenaan.

Mahkamah Rayuan itu yang bersidang dengan tiga (3) hakim diketuai Dato’ Sri Panglima Sulong Matjeraie, mengambil keputusan bahawa Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd perlu membayar sekurang-kurangnya RM70 juta kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang sebagai hasil yang syarikat itu perolehi daripada kerja-kerja pembalakan.

Syarikat yang sama juga diarah supaya membayar dengan kos sebanyak RM30,000.

Dua hakim lain yang bersidang bersama-sama Dato’ Sri Panglima Sulong ialah Dato’ Clement Allan Skinner dan Dato’ Wira Mohtarudin Baki, dan keputusan oleh ketiga-tiga hakim ini ialah sebulat suara!
Nah!!! Sekarang, siapa yang bakal engkar kepada keputusan pihak Mahkamah? Adakah syarikat terbabit akan bayar duit pampasan sebanyak RM70juta tu?

Dah puas diorang kaut keuntungan dari projek tersebut walau pun ianya dibatalkan oleh pihak Mahkamah, sekarang diorang nak lepaskan diri begitu sahaja?

Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui. Buat la cara apa pun, tapi kalau dah rezeki tu bukan hak kita, tak payah la susah - susah nak raih simpati orang dengan cara yang bukan - bukan!!!

Ps: Laporan seterusnya, korang boleh klik kat sini. Pesanan buat Si Khalid Gereja - Lain kali jangan sibuk jaga Negeri orang!!! Jaga Negeri sendiri tu dulu la woi!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. SI BADUT DARI GUA ANTU SHAH ALAM NI MEMANG KERJA DIA TAK HABIS2 NAK BUAT LAWAK ANTARABANGSA... LAWAK YANG DIA BUAT KAT SHAH ALAM DAH TAK LAKU..CUMA 2 -3 EKOR JER BERUK PAS YANG MASIH TERPESONA DENGAN LAWAK BODOH SI BADUT NI..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping