Semut pasti yang semua orang dah sedia maklum bahawa Si Nurul Izzah ni memang seorang Kaki Putar Belit macam Papa Hebat Kesayangan dia.
Kalau sebelum ini, Ketua Penerangan PKR Selangor boleh pusing cerita kata isu di Lembah Pantai baru - baru ni bukan sebab orang luar. Sebaliknya ia isu Samseng.
Maknanya, mereka tak menafikan bahawa tindakan Samseng PKR itu berpunca dari kalangan mereka yang diimport dari luar.
Terbaru, satu pendedahan menarik telah dikeluarkan. Kita tunggu apa pulak putar belit dan spin yang akan dibuat oleh puak - puak Ratu BSF, Si Nurul Izzah ni. Lagi pun, diorang bukan ada kerja lain. Asyik menipu rakyat tu je la kerja diorang pun!!!
Beberapa hari lepas, aku terbaca dalam Star laporan mengenai kekecohan semasa ceramah UMNO dan PKR di Pantai Permai. Part yang paling menarik pada aku, ialah kenyataan ini.AJK UMNO Bahagian Lembah Pantai, Mazlan Maulud, memaklumkan bahawa UMNO telah lama merancang ceramah tersebut tetapi PKR sengaja memilih tarikh dan lokasi yang sama untuk menganjurkan ceramah mereka, serta enggan menukar tarikh tersebut.“Jadi siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi”, soal Mazlan.Ini sebenarnya soalan yang menarik.
UMNO dah lama merancang penganjuran ceramah berkenaan. Aku pasti Nurul pun dah tahu mengenai perancangan ceramah berkenaan kerana penganjuran ceramah tersebut sudah pastinya telah diwar-warkan kepada orang ramai.
Jadi, soalan pertama aku: Mengapa Nurul sengaja memilih TARIKH yang sama untuk menganjurkan ceramah PKR?
Tidakkah dia tahu, dengan keadaan ceramah yang hangat, dan penyokong kedua-dua belah pihak hanya diasingkan dengan jarak beberapa meter sahaja, kemungkinan untuk berlakunya kekecohan amat tinggi?
Takkanlah Nurul bodoh sangat sampai benda macam tu pun dia tak boleh nak faham? Maka kesimpulannya mudah sahaja.
Nurul memang sengaja memilih tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan ceramah UMNO untuk menganjurkan ceramah PKR kerana dia memang mahu menyaksikan kekecohan di Lembah Pantai!!
Bila orang UMNO tak layan provokasinya, dia pun kerah kuncu-kuncunya untuk mengganas dan baling botol serta batu.
Peduli apa kalau orang PKR sendiri kena. Peduli apa kalau orang tua, perempuan dan kanak-kanak cedera. Peduli apa kalau keadaan jadi kacau-bilau. Yang penting, agendanya untuk cetuskan kekacauan tercapai!! - SUMBER
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.