Selasa, Mei 08, 2012


Ps: Inilah akibatnya bila seseorang manusia tu menjadi terlalu Angkuh, Sombong dan Bangga Diri. Akhirnya, apa yang dia cakap hanya memalukan diri dia sendiri.
Tapi, itu pun puak Pakatan Pembangkang masih tak dapat melihat dan menilai sejauh mana kredibiliti pemimpin yang mereka agung - agungkan selama ini.
Jelas, puak - puak Pakatan Pembangkang ni sudah menjadi buta dari melihat Kebenaran!!! Sebab itulah mereka sanggup berpemimpinkan seorang Kaki Peliwat, Kaki Zina dan Kaki Derhaka Kepada Ibu Bapa sendiri!!!
MyNewsHub - Agak panjang juga kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bagi mempertahankan dirinya atas dakwaan bersikap derhaka terhadap ibunya. Dan seperti yang diduga, UMNO yang dipersalahkan. Jalan mudah bukan.
Namun, asas dan persoalan pokok masih belum terjawab, Azmin tidak menafikan yang dia sudah hampir setahun tidak balik menjenguk ibunya  walaupun jarak pejabat dan rumah ibunya hanyalah 10 minit.
Kalau Azmin boleh menafikan dan membuktikan sejak Aidilfitri tahun lalu, dia ada pulang dan melawat ibunya, maka selesai masalah,  tidak ada sesiapa yang akan menuduh beliau derhaka atau apa sahaja.
Maka kekecewaan ibunya juga mungkin satu kekecewaan palsu atau mungkin Che Tom tersilap.
Namun, kalau benar sudah hampir setahun Azmin tak balik melawat ibunya, kat mana pulak salah UMNO atau ibunya atau adiknya Ummi  Hafilda?
Jadi soalnya sekarang, anda ada pulang atau tidak melawat ibu anda yang kini sudah pun berusia 78 tahun, yang sudah luluh hatinya dengan sikap  anda?
Dalam kenyataan anda tidak menyatakan atau memperjelaskan perkara itu. Sebaliknya ada pihak lain dipersalahkan.
Menyalahkan pihak lain tidak akan mengubah hakikat bahawa anda tidak pulang menjenguk ibu anda sendiri.
Anda dalam kenyataan anda berkata; Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa  saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan  yang baik.
Baguslah anda berdoa mengenai ibu anda. Namun, isu pokoknya anda tidak pulang melawat walaupun rumah ibu dan pejabat anda hanya  sepelaung jauhnya.
Dan semua kekecewaan dan kesedihan ibu anda bertitik tolak bukan dengan anda tidak mendoakan atau mendoakan dirinya, tetapi anda tidak mahu melawatnya setelah anda dikatakan mengamuk di pagi aidilfitri lalu.
Dan salahkan UMNO buat apa, bukan UMNO letak halangan atau pancitkan tayar kereta anda setiap kali anda mahu pulang ke rumah ibu anda. Itu soal pilihan anda mahu berbuat demikian atau tidak.
Rasanya bukan rahsia yang anda tidak balik melawat ibu anda. Kalau tidak masakan Presiden parti anda sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri menyebut;
“Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak,”.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping