Rabu, Mei 02, 2012


Ps: Cuba korang bayangkan. Awie masa dia sekolah dulu jadi ahli gimnastik dalam rupa dia macam sekarang? Sure kecut perut kena gelak kan? Hehehe...

Erk, jangan marah bro. Semut bergurau aje. Santai diwaktu pagi. Cuma agak terkejut sikit dengar berita ni. Itu saja.

Apa pun, bagus jugak la Awie ada aktiviti yang sihat untuk dilakukan. Bagus la dari Si Ketua Penipu tu yang suka dok buat kecoh tak tentu arah. Lepas tu menipu rakyat. Macam dah tak de kerja lain!!! Mengabihkan masa je kerja dia!!!
mStar - PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Wings Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendedahkan dia pernah menyertai sukan gimnastik ketika umurnya 14 tahun.

Awie berkata dia merupakan satu-satunya ahli gimnas terbaik di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur dan pernah mewakili sekolah untuk menjalani kursus Saintifik Gimnastik Kanada.
"Memandangkan sukan gimnastik kurang popular pada ketika itu, tidak banyak ilmu yang saya peroleh dan hanya melibatkan diri selama setahun sahaja.
"Tetapi saya tidak pernah berhenti daripada berlatih dan idola saya pada ketika itu ialah Nadia Comaneci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Tambah Awie, minatnya yang mendalam dalam sukan tersebut membuatkan dia kerap membuat aksi gimnastik di atas pentas pada awal kemunculannya bersama kumpulan Wings.
Bagaimanapun, tegas Awie, walaupun sukan gimnastik dilihat feminin dan kurang sesuai bagi seorang penyanyi rock sepertinya, ia bukan sukan yang mudah sebaliknya memerlukan kekuatan otot sepenuhnya.
"Rasanya tidak salah jika lelaki seperti saya menyertai sukan ini kerana ramai sahaja lelaki yang aktif di bidang ini dan lihatlah bagaimana sasanya mereka.
"Bagaimanapun, sukan ini masih lagi menjadi kegemaran dan adakalanya saya akan mempraktikannya sekadar untuk meregangkan otot.
"Selain itu, sukan ini juga telah banyak mengajar saya mengenai cara penjagaan pemakanan yang sihat," ujarnya.
Sementara itu, Awie bakal memulakan penggambaran filem Amukan Frankenstein Tempatan pada 10 Mei ini, arahan Mamat Khalid.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping