Rabu, Mei 16, 2012


KUALA LUMPUR, 16 Mei − Lim Guan Eng hari ini enggan untuk melakukan “serangan balas peribadi” terhadap bekas Naib Pengerusi DAP yang telah meletak jawatan.

Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang sebelum ini mengatakan Setiausaha Agung DAP itu telah menghinanya apabila mengemukakan tawaran sebelum beliau meninggalkan parti pada malam Isnin lalu.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang ini sebaliknya berterima kasih di atas jasa Tunku Aziz sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP selama empat tahun sebelum ini.

"Saya tidak ingin bertukar serangan peribadi dengan Tunku tetapi ingin merakamkan penghargaan parti atas jasanya selama empat tahun sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Lim mengesahkan telah menerima surat perletakan jawatan daripada Tunku Aziz yang juga merupakan pengasas kepada Transparency International Malaysia semalam, dan telah cuba untuk menghubunginya, namun gagal.

"Saya telah menerima surat perletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim daripada Parti DAP semalam.

“Saya telah mencuba untuk menghubungi beliau sejak pengumumannya untuk meletakkan jawatan pada hari Isnin, tetapi tidak berjaya,” kata Lim lagi.

Tunku Aziz sebelum ini dipetik laporan The Star berkata, Lim cuba memujuknya dengan menawarkan jawatan tinggi dalam Penang Institute dan “menawarkan pelancongan sebagai umpan.

"Kemudian semalam, Zairil Khir Johari (setiausaha politik Lim) menghubungi saya dan menawarkan pendapatan berjumlah RM50,000 jika saya bersetuju.

"Ia adalah satu penghinaan, dan saya rasakan ia datang daripada individu yang langsung tidak mempunyai rasa hormat. Adakah beliau merasakan saya orang yang macam itu?

Individu ini tidak mempunyai rasa hormat. Perkataan yang paling sesuai untuknya adalah biadap,” katanya dipetik akhbar Inggeris tersebut.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping