Khamis, Mei 24, 2012


Loh!!! Pelik pulak dengan perangai budak Nurul Izzah ni. Dah kena lempang di Pahang, jadi bengong pulak dia tak tentu arah. Ada wayar yang putus ke???

Setahu Semut, Bersih 4.0 ni hanya menuntut Si Ambiga tu sahaja yang membayar ganti rugi kepada peniaga - peniaga yang mengalami kerugian.

Bantahan yang diorang nak buat pun hanya melibatkan kawasan rumah Si Ambiga di Damansara. Tapi, menda kejadahnya pulak Si Nurul Izzah ni yang buat laporan Polis?

Mana pulak sakitnya dia sampai terpaksa ambik tindakan sedemikian? Si Ambiga tu adik beradik dia ke? mak saudara sepupu dia ke? Ke adik ipar Papa Hebat dia?

Kot ye pun nak bela Si Ambiga tu, agak - agak la jugak. Benda yang Si Ambiga tu buat pun bukannya salah orang lain. Salah diri dia sendiri. Siapa suruh dia cari penyakit? Sekarang, Makan La Ubatnya!!!
KUALA LUMPUR - Jalan Setiakasih 1, laluan menuju ke rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga ditutup mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Beberapa kun yang tertulis 'trafik warden DBKL' diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi menghalang peserta 'Bersih 4.0' yang juga ahli Majlis Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur.

Peniaga-peniaga itu mahu mengadakan pasar malam mulai jam 4 petang ini.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online sejak 11 pagi tadi mendapati kawasan kediaman Ambiga kelihatan lengang dengan dikawal lebih 10 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sementara penganjur protes anti-Bersih mahu berhimpun petang ini.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati kawasan itu hanya dikawal oleh anggota polis dan DBKL.

Mengikut laporan media semalam, Penganjur 'Bersih 4.0' bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.

Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md Yunus berkata, mereka akan teruskan rancangan mengadakan pasar malam di jalan menuju ke rumah Ambiga dan akan berkumpul pada jam 4 petang bersama 60 peniaga yang telah bersetuju menyertainya.

"Kami akan turun pada pukul 4 petang ini seperti yang dirancangkan dan diuar-uarkan sebelum ini.

"Saya juga tahu pihak DBKL dan polis sudah mengawasi kawasan rumah Ambiga sejak beberapa hari lalu," kata Jamal kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi pagi ini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping