Haduh!!! Ni apa kes pulak dengan Si Nurul Izzah ni? Tak pasal - pasal je kena lempang kat Negeri Pahang ni? Apa yang dia dah buat?
Ini semua sebab kes penyenaraian Felda Global Venture Holding punya pasal la. Sebelum ini, dia bukan main sibuk lagi mempertikaikan pasal isu tersebut.
Kata dia, Durian Runtuh yang nak diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tu hanya ibarat Durian Busuk je sebenarnya. Tak de apa yang perlu nak diheboh - hebohkan.
Kononnya, dia ingat, PM setakat cakap je nak bagi Durian Runtuh tu. Tapi, dia lupa yang pemimpin Barisan Nasional bukan macam Pakatan Pembangkang.
Pemimpin BN cakap, diorang buat. Bukan macam dia. Setakat cakap je pandai. Tapi nak buat kerja Haram satu pun yang mampu nak dilaksanakan!!!
Sekarang, bila Janji Di Tunaikan, mula la dia songeh dan terdiam kaku melihat perkara tersebut berlaku. Itu pun dia ada hati lagi nak hasut rakyat lagi ke?
Kalau puak - puak Pembangkang tu rasa penyenaraian FGVH tu tak menguntungkan, Jangan Ambik!!! Habis cerita. Tak payah nak mengabihkan masa nak saman itu ini. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
TEMERLOH - Para peneroka yang sangsi terhadap usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia dinasihatkan tidak menerima tawaran membeli saham tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin turut meminta mereka yang berkenaan tidak mengambil pemberian 'durian runtuh' yang kini diagih-agihkan kepada para peneroka.
"Dakwaan kononnya FGVHB akan mengalami kerugian selain aset termasuk tanah peneroka hilang dan mereka akan bankrap adalah tidak benar sama sekali.
"Pada awal penyenaraian nanti, harga saham FGVH akan terus meningkat berkali berganda dan mereka yang membeli saham bakal mendapat keuntungannya setiap tahun hasil daripada pelaburan tersebut," katanya semasa menyampaikan duit 'durian runtuh' berjumlah RM4.6 juta kepada lebih 900 peneroka Felda Bukit Damar dan Lakum dekat sini baru-baru ini.
Menurut beliau, selain mendapat hasil daripada ladang sendiri, para peneroka akan terus menikmati bonus hari raya, pinjaman perumahan tanpa faedah, bayaran insentif ladang dan program memperkasakan generasi kedua peneroka.
Mohd. Sharkar berkata, kehidupan peneroka pada masa kini jauh lebih baik berbanding dahulu kerana memperoleh pendapatan berganda dan memberangsangkan.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang menasihati peneroka yang mendapat durian runtuh supaya melabur sebahagian wang tersebut untuk jaminan masa depan dan bekalan hari tua.
"Penyenaraian syarikat itu pada bulan depan akan memberi manfaat dan keuntungan jangka panjang kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.
"Ia amat dinanti-nantikan oleh syarikat antarabangsa kerana ternyata memberi keuntungan berganda dan FGVH pasti akan menjadi sebuah konglomerat berjaya di dunia," katanya.
hahaha kesian budak sekor ni hahahaha
BalasPadam