Isnin, Mei 28, 2012


Ps: Kalau sebelum ini, Si Ketua Penipu tu kata pendakwaan dia ke mahkamah atas kesalahan menimbulkan huru hara sewaktu Perhimpunan Bersih 3.0 hanya membuangkan masa.

Tapi, dalam masa yang sama, dia jugak mengaku tidak bersalah dan minta agar dibicarakan. Itupun dinyatakan dengan cara yang cukup angkuh dan seolah - olah menghina mahkamah.

Kalau la pendakwaan tu hanya mengabihkan masa mahkamah, baik dia mengaku bersalah. Bayar denda, habis cerita. 

Ini yang dia failkan permohonan untuk menolak pertuduhan menda kejadahnya pulak!!! Kalau tak nak mengabihkan masa mahkamah, tak payah la buat kerja yang bukan - bukan!!!
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menfailkan permohonan bagi membatalkan dua pertuduhan yang dihadapinya berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas atas alasan pertuduhan itu tidak teratur dan tidak sah.

Permohonan itu difailkan peguam yang mewakilinya Karpal Singh di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah di sini dan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Pada 22 Mei lepas, Anwar dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali serta Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya orang awam tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April, di sepanjang Jalan Tun Perak di sini dan didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh didenda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. bosan dah...malas nak layan lah

    BalasPadam
  2. mcm biaser laaaa, lagu lamer tuuu

    BalasPadam
  3. Dakwa ramai2 yg terlibat,bior dia sorang je selamat...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping