Memang lawak kita tengok Si Ambiga tu menggelupur bila berhadapan dengan siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya. Dia sikit pun tak sangka benda tu akan berlaku.
Secara dasarnya, Ambiga enggan mengakui bahawa yang berhimpun di depan rumahnya itu adalah rakyat biasa serta cuba menuduh kerajaan atau UMNO sebagai dalang.
Soalnya ialah, kalau pun benar mereka adalah ahli UMNO, mereka juga adalah rakyat yang punya hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap manusia seperti diri dia sendiri?
Kini terbuktilah bahawa perjuangan Ambiga keseluruhannya adalah hipokrit semata-mata di mana hak untuk menuntut hak, hanya ada pada Ambiga dan Pakatan Rakyat.
Lebih menarik lagi apabila beberapa rakan dan pensimpati Ambiga cuba membantu dengan memberi berbagai-bagai hujah untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun.
Begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, yang menyatakan bahawa tindakan peniaga tersebut membalas dendam sedemikian adalah kebudak-budakan dan bodoh.
Tetapi, dalam masa yang sama tindakan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang dan mengganas tidak pula dilihat sebegitu rupa? Pelik bukan?
Sesungguhnya, tindakan Bersih 3.0 itu juga merupakan satu tindakan manusia dewasa yang JAHAT, penuh dengan KHIANAT dan sememangnya tersangat lah BODOH!
Kerana Ambiga nama negara tercemar, imej negara tercalar, peniaga-peniaga mengalami kerugian serta pihak kerajaan juga menanggung kerosakan harta awam.
China Press cuba berhujah bahawa Ambiga tidak harus dipertanggungjawabkan untuk membayar balik kerugian yang dialami peniaga.
Alasan mereka, kemusnahan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah disebabkan oleh kelalaian dan ketidakcekapan kerajaan.
Lebih lucu lagi apabila China Press menyatakan bahawa peniaga-peniaga tersebut seharusnya boleh membuat untung dan bukannya rugi ketika perhimpunan BERSIH 3.0.
Justeru, kenapa agaknya BERSIH 3.0 memilih untuk berarak di kawasan peniaga Melayu dan India dan mengelak untuk ke kawasan perniagaan kaum Cina?
Pada hari kejadian, semua gerai - gerai di Petaling Street yang dikuasai oleh masyarakat Cina ditutup. Kenapa mereka tak ambil peluang untuk berniaga?
Contoh yang diberikan oleh China Press pula ialah mengenai pencuri yang mencuri besi penutup longkang yang jelas menyatakan bahawa:
Jika seseorang itu terjatuh ke dalam longkang di bandaraya kerana penutup besinya telah dicuri, maka yang perlu membayar kos perubatan mangsa yang cedera tersebut adalah kerajaan.
Nampak sangat dangkalnya akal pemberita dari akhbar berbahasa Cina ni. Dia sikit pun tak sedar dengan dunia sebenar yang berlaku diluar sana.
Sebagai pengetahuan China Press, sekiranya pencuri penutup longkang tadi berjaya ditangkap, pastinya dia juga akan diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa oleh mahkamah.
Lagipun, apakah China Press cuba menyamakan Ambiga dengan Pencuri Besi Longkang!!! Kalau macam tu, rumah kena pecah dek pencuri, tak payah la susah - susah buat laporan Polis. Buat je la tuntutan dengan Kerajaan sebab keselamatan kita dijamin oleh Kerajaan!!!
Salam Bro,saya cadangkan agar semua peniaga yang terlibat wujudkan pasar lambak di depan pejabat China Press.Ajar sikit si Biadab tu.
BalasPadam