Jumaat, Mei 25, 2012

TUTUR katanya yang lembut dan manja itu pasti mampu membuat mana-mana lelaki mudah jatuh cinta dengannya.

Bukan hanya itu, dikurniakan dengan wajah jelita lagi menggoda telah menjadikan Nur Anzalna Md. Nasir atau lebih popular dengan panggilan Anzalna sebagai salah seorang bintang yang semakin laris.

Tidak keterlaluan dikatakan namanya kini berada di puncak seiring dengan teman seperjuangan lain seperti Neelofa, Tasha Shilla dan Izara Aishah yang turut meraih perhatian meluas.

Tetapi kalau diperhatikan kepada trek rekodnya sebagai seorang pelakon, ada segelintir pihak yang mula mempertikaikan kehadirannya di dalam industri.

Dalam erti kata lain, Anzalna dilihat hanya mempertaruhkan kecantikan berbanding bakat kerana sehingga kini tiada apa yang dapat dibanggakan.

Kalau watak yang diberikan kepadanya, pasti tidak akan lari daripada imej penggoda. Apakah aktres berusia 24 tahun ini selesa dilabelkan sebegitu?

“Saya menganggap mana-mana artis yang hadir dengan pakej lengkap adalah satu kelebihan. Tetapi kehadiran saya ke dalam industri bukan mahu memperjudikan paras rupa semata-mata.

“Penglibatan saya dalam industri masih lagi baru dan terlalu mentah. Walaupun tidak sampai setahun dalam bidang ini, saya bersyukur kerana tawaran berlakon tidak pernah putus.

“Berikan saya masa untuk memperbaiki diri sendiri. Perjalanan saya baru hendak bermula dan masih lagi jauh. 

"Tidak adil rasanya untuk menghukum saya hanya kerana masih lagi hijau dalam industri," katanya dalam nada optimis sewaktu ditemui pada pelancaran drama bersiri Indera Joned di Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kaki cemburu?

Sedang enak si jelita ini diulit populariti, timbul pula cerita lain yang mengatakan Anzalna juga kaki cemburu dan tidak senang melihat kejayaan teman seperjuangannya.

Sementelah, ada di antara pelakon baru lain yang sudah mula mendapat tawaran menjadi bintang utama dan melonjak nama mereka, Anzalna masih lagi di bawah apabila hanya sekadar membawa watak pembantu sahaja.

Menjawab persoalan itu, sambil melemparkan senyuman, Anzalna memberitahu dia sedikit pun tidak terkesan dengan cerita yang padanya tidak berasas itu.

“Buat apa hendak cemburu dengan mereka sebab tidak akan ke mana kalau ada sifat negatif seperti itu. Saya percaya setiap perjalanan manusia itu sudah ditentukan oleh Allah SWT. Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang lain.

“Sudah tertulis bahawa rezeki berpihak kepada mereka untuk menjadi pelakon utama biarpun masih baru dalam bidang ini. Saya tidak cemburu mahupun ambil hati dengan senario itu.

“Adalah lebih baik bagi saya untuk bermula dari bawah secara perlahan-lahan sebelum sampai ke puncak. Saya percaya kepada rezeki dan mungkin saya belum lagi ke tahap mereka," jelas pelakon drama rantaian Suria Di Cordoba dan Gemersik Kalbu ini bersungguh.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping