Yup! Itulah hakikatnya. Selepas berlansungnya sesi debat semalam, kesimpulan hanya dibuat tak sampai dalam masa setengah minit.
Macam orang yang pergi dengar ceramah PAS la. Harapkan tajuk je bagus, tapi isi ceramah tu tak de benda lain asyik mengutuk orang je kerjanya.
Bila ditanya pendengar, surah apa yang dibaca penceramah atau hadis apa yang diguna pakai, sorang pun tak dapat jawab. Apa yang diorang ingat, maki hamun penceramah tu je.
Sama la macam sesi debat PTPTN yang berlansung malam semalam. Pun macam tu jugak dia punya konklusi. Buat letih je Si Rafizi dan YB Khairy berhujah.
Tapi, apa yang dipetik oleh golongan Pakatan Pembangkang hanya sepatah dua kata dari moderator yang turut menggesa PM berdebat dengan Si Ketua Penipu.
Hanya itu sahaja yang dilaporkan oleh Si Burung dalam laman twitter dia. Bukannya dia nak ulas mengenai isi debat tu sendiri.
Bagi Semut, secara peribadi, puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang tak mampu nak lunaskan janji yang mereka buat sebelum ini.
Macam kata YB Khairy, mereka hanya memetik idea dari awangan semata - mata. Mereka jelas tidak berpijak dibumi yang nyata. Semuanya khayalan belaka.
Mana tidaknya. Cuba korang bayangkan. Budak yang berusia 6 tahun dah dipaksa bayar yuran tadika sebanyak RM 500 sebulan. Tak ke gila namanya tu?
Itu pun Pakatan Pembangkang tak boleh nak bagi pendidikan percuma kepada anak - anak tadika? Macam mana pulak diorang nak bagi pendidikan percuma diperingkat IPT?
Si Jambu Rafizi tu pulak membuatkan perbandingan dengan negara - negara Maju seperti Finland. Isu pendidikan boleh pulak rujuk negara maju. Isu minyak, kenapa tak boleh?
Kan pelik perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni? Apa yang Si Jambu Rafizi tu tak sedar ialah dia sendiri pun dapat tajaan dari pihak Petronas.
Jadi, dia tak tau macam mana rasanya menjadi anak - anak orang lain yang mana ibu bapa mereka bekerja keras untuk dihantar menara gading.
Yang puak - puak dia tau hanya menyesatkan anak - anak muda dengan doktrin - doktrin bodoh agar mereka membuangkan masa berdemo dijalanan. Itu pun diorang tak sedar ke?
Sudah la Rafizi!!! Sedar la diri sikit. Diorang bukannya serius sangat nak bantu rakyat ni. Setakat cakap kosong macam tu boleh la. Tapi, bila suruh buat, satu HAPAH pun diorang tak reti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.