Rabu, Mei 23, 2012

KEMUNCULAN Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 26, pada majlis Inspirasi Selebriti bersama Macy di Pusat Beli-Belah Citta, Petaling Jaya, baru-baru ini membuatkan semua mata tertumpu ke arah dirinya. 
Cantik mengenakan turban warna kegemarannya ungu dipadankan dengan kemeja biru, aura penyanyi lagu Penakut itu begitu ketara apabila dia tidak putus-putus diminta untuk bergambar oleh peminat-peminatnya.
Biarpun sibuk mempromosikan album baharunya yang berjudul Yuna di Amerika Syarikat serta sedang merancang untuk mengadakan konsert jelajahnya di seluruh negara itu selama 30 hari bermula Jun depan, dia masih sempat pulang ke Malaysia untuk mengikat kontrak bersama butik hiasan rumah, Macy dan produk kecantikan Follow Me.
Menolak tanggapan dirinya kini sudah tamak, jelas Yuna, dia menerima tawaran sebagai duta untuk beberapa produk seperti Canon, Macy dan Follow Me bukan disebabkan duit, tetapi kerana syarikat tersebut menghargai karier muziknya.
Malah akui Yuna, semua produk yang diwakilinya tidak langsung mengalih perhatiannya terhadap karier nyanyiannya di Amerika mahupun di Malaysia.
"Saya tak ada masalah untuk menjadi duta mana-mana produk. Bukan sebab saya tamak menerima semua tawaran, tetapi syarikat-syarikat tersebut menghargai dan percaya dengan karier muzik saya.
"Sebagai contoh menjadi duta produk Canon, memberi peluang kepada saya untuk merakamkan perkara menarik dalam hidup kerana saya sendiri meminati bidang fotografi. 
Macy pula sebaliknya, memberi saya peluang untuk mereka bilik tidur sendiri seterusnya memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat keseluruhan," jelasnya yang turut memberitahu pihak pengurusannya di Amerika Syarikat tidak membantah penglibatannya menjadi duta produk di negara ini.
Sejak daripada awal lagi Yuna menegaskan kepada pihak pengurusannya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label untuk tidak mencampuri urusan serta aktivitinya di Malaysia.
"Jika ia berkaitan dengan kerjaya saya di Amerika mereka berhak untuk masuk campur tetapi tidak untuk aktiviti saya di Malaysia. Ia sudah dipersetujui sejak awal lagi.
"Jadi, tidak timbul sebarang masalah jika saya mewakili sesuatu produk atau ingin mengeluarkan album di negara saya sendiri," tuturnya.
Categories:

1 ulasan:

  1. Baguslah Yuna semakin berjaya. X payah kita nak dengki2.

    SKANDAL SEKS NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA - SENJATA RPK MAKAN TUAN! Baca di sini.

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping