SISI peribadi seseorang sememangnya tidak akan lagi menjadi satu perkara rahsia andainya anda memilih jalan untuk menjadi seorang artis atau selebriti. Dalam hal ini, Nur Anzalna Md Nasir, 24, juga tidak terkecuali.
Lantaran itu, jangan pelik jika kisah cinta pelakon baru ini dengan jejaka bernama Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 24, menjadi bahan tatapan umum.
Itulah harga yang harus dibayar oleh Anzalna di saat dia memilih lapangan seni hiburan sebagai kerjayanya.
Bahkan, semakin namanya meningkat naik, semakin banyak pihak yang mahu tahu dan mengorek kisah peribadinya.
Dek kerana banyak pendedahan terbuka mengenai kisah cintanya dengan kekasih hati, ada pihak yang melahirkan rasa mual dengan wanita ini.
Menyelami perasaan sebenar Anzalna, pelakon drama bersiri Mahabbah ini mengaku, kadangkala dia tidak mampu menahan rasa bosan apabila seringkali disoal pihak media mengenai hal yang sama.
Kata Anzalna, meski tahu dirinya kini merupakan seorang figura umum, dia mengaku tidak dapat mengelak daripada soalan-soalan cepu emas daripada pihak media tentang buah hatinya itu.
“Memanglah kadang-kadang rasa macam malas nak jawab sebab isunya sama saja. Isu tentang kisah cinta saya dan dia.
“Saya lebih suka kalau orang bertanya mengenai kerjaya saya berbanding hal peribadi.
“Kalau boleh jangan tanya langsung, tapi saya faham, lumrah artis, mana boleh lari daripada soalan-soalan macam ni. Hendak tak hendak saya harus memberikan jawapan yang terbaik.
“Lagi satu, saya takut juga kalau orang bosan. Iyalah, balik-balik cerita hal teman lelaki. Macam tak ada benda lain nak cakap," katanya.
Tahu bahawa keterbukaannya mengenai hal peribadi mungkin menyebabkan sesetengah pihak kurang selesa, Anzalna bagaimanapun mengaku dia lebih suka berterus-terang.
“Daripada saya menipu dan kata tak ada teman lelaki, tetapi kemudiannya orang dapat tahu dan ternampak saya keluar bersama, itu lebih buruk.
“Jadi lebih baik saya cakap apa yang benar. Mungkin ada sesetengah artis lebih suka berteka-teki. Saya tak mahu begitu, " katanya.
Ps: Orang nak glamour, dia pun nak glamour jugak. Nak jugak jadi selebriti kononnya. Jadi, jangan la marah kalau ada orang yang bertanya. Lagi pun, siapa suruh dia nak sangat jadi artis!!! Sekarang, terima je la ubatnya!!!
lagi sekor sampah akhir zaman...
BalasPadampejuang hamas...