Kali ini, Semut terpaksa tabik spring buat Si Ketua Penipu dan Si Assmin tu sebab cukup bijak menyesuaikan perumpamaan dengan realiti.
Biasanya, perumpamaan 'Kambing Hitam' ni hanya untuk menggambarkan kesalahan yang dibuat terpaksa dipikul oleh orang lain. Itu pun sama ada orang tu setuju atau tidak.
Tapi dalam kes Si Ketua Penipu dan Si Assmin ni, diorang betul - betul cari 'Kambing Hitam' untuk dipersalahkan. Padahal, diorang yang suruh 'Kambing Hitam' tu bertindak.
Tinggal lagi, diorang boleh lepas tangan dan Si Kambing Hitam tu pulak dikenakan tindakan kerana melanggar perintah mahkamah.
Dah cukup jelas Si Assmin tu menipu bila dia kata yang dia tak kenal dengan Si Kambing Hitam tu sebelum ini walhal mamat tu Ketua Cabang PKR Rasah.
Mustahil bagi seorang pemimpin PKR Pusat untuk tidak mengenali Ketua Cabang partinya sendiri. Lain la kalau dia bukan dikalangan kumpulan Si Assmin tu kan.
Jadi, tahniah Semut ucapkan kepada Si Ketua Penipu tu dan juga Si Assmin Ali kerana berjaya melepaskan diri dengan cemerlang. Ingat, rakyat bukannya buta!!! Kebenaran tidak mungkin dapat disorokkan selamanya!!! Tunggu la giliran diorang pulak!!!
AIDCNews – 03/05/12 – Akhbar China Press semalam menjadikan berita utama berkenaan bahasa isyarat di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan R. Tangam, Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, sebelum bermula insiden membuka penghadang ke Dataran Merdeka, 28 April.Lima siri foto disusun bermula (1) foto Anwar memberi isyarat tangan (2) Azmin dan Tangam menunjukkan ibu jari ke belakang (3) Azmin berpaling kepada Tangam dan bercakap sesuatu, sambil ibu jari Tangam menunjukkan ke belakang (4) Tangam bergerak ke arah penghadang dan ke (5) foto Tangam yang sedang memegang penghadang untuk membukanya dibesarkan.Menariknya, akhbar berbahasa Cina itu membulatkan 3 foto Tangam, bermula 2, 3 dan 4. Kronologi lengkap foto-foto yang berkomunikasi menggunakan isyarat tangan, boleh dibaca di sini dan siniHari ini, Tangam, 50, seorang bekas tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.Tangam didakwa bersama-sama “Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengingkari perintah majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota-anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama.Aktivis PKR itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, pada kira-kira pukul 3 petang. Namun begitu, Anwar dan Azmin tidak dikenakan sebarang pertuduhan.
Ini HANJINGGGGG........ hitamlah
BalasPadam