Selasa, Mei 08, 2012


Pergh!!! Masam gila la bau Minah ni. Dah 14 hari dia tak mandi rupanya. Sekarang, apa kata dia berkhemah depan Pejabat Menteri Besar Kedah pulak.

Dengar kata, Tok Jan pun tak sokong PTPTN ni dihapuskan. Malah tindakan yang dibuat tambah memalukan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Jadi, memang patut sangat la geng Mahasewel ni buat bantahan depan pejabat dia!!! Takkan setakat tau bercakap je kot!!!
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.

"Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan Kuin sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir berkata Kuin akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.

Mengulas lanjut, Azizan berkata Kuin adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin.

"Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, Kuin masih belum cukup kemudahan ketika itu. Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran," katanya.

Berkenaan fakulti perubatan yang dianggap tidak menguntungkan oleh pihak pembangkang kerana hanya mempunyai sembilan pelajar, Azizan berkata isu itu tidak timbul memandangkan 19 lagi akan mendaftar pada 20 Mei ini.

"Kita telah menerima 300 permohonan tetapi kita hanya mahu mengambil 50 pelajar sahaja kerana kita baru nak mula jurusan ini di samping mahu menjaga kualiti pelajar terbabit. Walaupun pihak kementerian dan MMC (Majlis Perubatan Malaysia) membenarkan kita ambil 100 pelajar untuk pengambilan pertama, tetapi kita hanya ambil 50 sahaja," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping