Disebabkan Monyet sekor ni tak dapat habiskan pelajaran dia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) maka dia hilang hak untuk digelar Mahasewel.
Secara tidak lansung, dia juga telah hilang hak dia untuk teruskan perjuangan dalam Kekebasan Mahasiswa seperti mana yang dinyatakan oleh Bapak dia.
Lepas ni, Bapak dia boleh la tanggung anak dia yang katanya dah kawin tu sampai la ke tua. Biar la anak tu kerja dengan pembangkang. Gaji pun lumayan.
Dengar kata tukang sapu dipejabat Fuziah Thoron pun dapat RM2000 sebulan. Sebab itulah dia naik angin sangat dengan kadar gaji minima bagi sektor swasta yang ditetapkan Kerajaan.
Jadi, sekarang, dia bebas untuk berpolitik dan jadi Anjing kepada Pakatan Pembangkang. Ianya satu yang membanggkan buat keluarga dia. Jangan menyusahkan orang lain sudah la!!!
SHAH ALAM: Tiada peluang kedua kepada mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 23, untuk terus menuntut di universiti itu seandainya didapati bersalah berhubung dakwaan merusuh dan mengugut membunuh polis.
Perkara itu ditegaskan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar yang berkata, jika penuntut tahun dua ijazah undang-undang di UiTM Shah Alam itu didapati bersalah dari segi perundangan negara, dia akan dibuang universiti.
Katanya, penuntut terbabit perlu menerima sebarang risiko berdepan hukuman undang-undang negara dan universiti.
“UiTM akan membuat keputusan berdasarkan keputusan siasatan pihak berkuasa. Jika dia didapati bersalah memang kena buang (universiti) dan tiada peluang kedua lagi.
“Apapun, daripada hampir 200,000 mahasiswa UiTM, hanya dia sahaja memburukkan UiTM, saya yakin ia tidak menggugat jenama dan nama UiTM di kalangan majikan di luar sana.
“Saya akui tindakan Khalid memalukan UiTM, bagaimanapun saya optimis peluang kerjaya masih terbuka luas untuk graduan UiTM dan tidak terjejas kerana isu itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Career and Industrial Relation Expo (CaiRex 2012) di Dewan Sri Budiman UiTM, di sini, semalam.
Sebelum ini, akhbar melaporkan, Khalid, penuntut tahun dua ijazah undang-undang di UiTM Shah Alam, ditahan polis pada 5 Mei lalu bagi membantu siasatan selepas tampil menyerah diri. Laporan memetik Khalid pada mulanya dipercayai hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berhubung ugutan bunuh polis yang ditulis di laman sosial facebook miliknya.
Namun, dia kemudian ditahan polis kerana disyaki terbabit menimbulkan kekecohan dalam perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lalu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, polis selesai menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat ke atas Khalid yang didakwa menendang polis trafik dan melakukan rempuhan halangan ketika perhimpunan itu.
ALHAMDULILLAH...SEMBAHYANG HAJAT KU TELAH DIMAKBULKAN ALLAH.
BalasPadamKecik2 dah kemaruk nak berkuasa,Dia ni mengamuk nak membela sape pun aku x faham!
BalasPadamelok sangat la mamat dibuang,supaya jangan jadi wabak pula diUiTM pulak...lagi pun bapakkk dia dan makkk dia tak kisah....
BalasPadamPadan mukaaaaa....hahahhahaha suke nye hati aku
BalasPadamDia boleh lah daftar dgn Unisel segera dan akan dapat biasiswa dari pakatan Selangor kerana sepak polis !!!!bravo
BalasPadam