Khamis, Mei 24, 2012


Halamak!!! Macam ini punya penyokong pun ada ke? Belum pun pertandingan Euro 2012 dimulakan, dah ada orang yang kena sound?

Tapi, walau apa pun, Semut respect jugak dengan wanita - wanita dari Ukraine sebab mereka berjuang untuk kekalkan maruah diri wanita.

Tinggal lagi, cara diorang buat tu tak kena lansung. Ada ke diorang nak beraksi separuh bogel depan ribuan penyokong Hooligan dari England tu? Takut nanti, diorang pulak yang kena Hooligan ramai - ramai!!! Hehehe...
Inna Shevchenko, 21, dan rakan-rakan radikal Femen yang memperjuangkan hak-hak wanita secara separuh bogel (topless) dan ekstrem berjanji akan membuat kacau pada setiap perlawanan yang melibatkan England.

Inna memberi amaran: "Kepada penyokong-penyokong England, mereka perlu tahu, jika mereka cuba membuat kacau dengan wanita-wanita Ukraine, kami tidak akan berdiam diri dan akan membalas dendam.

"Industri seks telah mengeksploitasikan wanita miskin dan dari kebanyakan mereka kurang terpelajar.

"Inilah sebabnya kami akan 'menyerang' mereka pada setiap perlawanan."

Kumpulan berani tersebut - yang terdiri daripada hampir 300 orang ahli - telah merancang untuk berdemo ketika perlawanan antara England dan Sweden di Kiev pada 15 Jun dan Ukraine di Donetsk pada 19 Jun dan lain-lain perlawanan.

Dalam kejadian lain, salah seorang dari ahli Femen ini telah berposing separuh bogeol di sebelah trofi Euro 2012 di dalam satu protes di Kiev. Aksi yang sama juga dilakukan pada awal bulan ini.

The Sun melaporkan, Penaung Femen, Oleksandra Shevchenko berkata : "Kita tahu perangai lelaki jenis ini - mereka mahu minum arak, menonton bolasepak kemudian mereka akan memikirkan seks.

"Kami mahu mereka semua mendapat mesej yang mahu kami sampaikan iaitu, wanita Ukraine bukanlah satu objek seks semata-mata untuk mereka gomolkan."
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping