Senario seperti ini memang tidak dapat dielakkan. Semuanya hasil titik peluh puak - puak Pakatan Pembangkang tu sebenarnya.
Mereka memang mendidik anak - anak buahnya melakukan Politik songsang seperti ini. Padahal, yang timbulkan huru hara ialah dikalangan mereka juga.
Tapi, mereka tuduh orang lain yang buat. Itulah dasar yang diterapkan oleh Si Ketua Penipu tu untuk membolehkan dia menjadi Perdana Menteri akan datang.
Tak heran jika ianya berlaku lagi dalam Pilihan Raya akan datang seperti yang digambarkan oleh Tun Dr. Mahathir ni. Sebab ianya pernah berlaku di Permatang Pauh.
Semua orang ingat bagaimana puak - puak PKR ni bersiap sedia menyerang mana - mana kenderaan yang menampilkan logo Barisan Nasional.
Ada yang kemek, ada yang pecah cermin kereta. Dan ada jugak yang ditahan ditengah jalan!!! Itu lah jenis kebebasan yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang.
Jelas, diorang ni setakat tau nak tuduh orang lain je bertindakan ganas. Tapi, bila diorang yang buat, tak pulak diorang kata ianya tindakan ganas.
Contoh kita tengok masa dalam musim pemilihan pemimpin tahun 2010 yang lalu. Nak pilih pemimpin pun siap baling - baling kerusi. Inikan pulak dalam PRU akan datang!!!
Ini yang dikatakan sebagai tanggungjawab menjaga keamanan Negara? Inikah hasil perjuangan Kebebasan Hak Bersuara yang dialung - laungkan selama ini?
Bagi Semut, kalau macam ni la keadaannya, alamat jahanam la Negara dimasa akan datang. Kononnya diorng tuntut Keadilan bagi semua pihak. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tak nak pulak mengaku. Adil Kepala Tengkorak Dia La Kalau Macam tu!!!
perkara seperti ini berlaku kerana ketidakpuasan hati para penyokong parti masing2.contohnya kalau pemimpin dari parti pkr jadi PM penyokong parti pas dan dap tidak akan puas hati.kalau pemimpin dari parti pas pula jadi PM penyokong parti pkr dan dap tidak akan puas hati dan bagitulah sebaliknya.ini yang menyebabkan mereka mengamok dan apabila mereka bertembong dengan penyokong parti yang lain mereka akan bergadoh dan berperang apa yang dipanggil PERANG SAUDARA.apabila berlakunya perang ini maka PBB pun mengarahkan TENTERA PENGAMAN masok kenegara ini dan bertindak sebagaimana IA bertindak DINEGARA IRAK dan TIMOR LESTE.inilah yang dimaksudkan olih TUN.
BalasPadam