Rabu, Mei 30, 2012


KUALA LUMPUR: Aktres Miera Leyana mengakui berasa janggal untuk berlakon bersama bekas kekasihnya iaitu aktor Shahrizal Jaszle selepas hubungan mereka berakhir kira-kira tiga bulan lalu.
Miera, 19, berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama secara profesional namun di dalam hatinya terdetik juga perasaan kekok dan kurang selesa untuk bergandingan dengan aktor itu.
"Saya berasa kekok untuk berlakon bersama sejak hubungan kami putus. Kami memainkan peranan sebagai pasangan kekasih dalam drama 13 episod berjudulHarapan arahan pengarah dari India iaitu Ishal.
"Saya akui sangat susah untuk bertentang mata dan menjayakan watak pasangan kekasih tetapi saya lakukan juga atas dasar profesional," katanya kepada mStar Online.
Hubungan Miera dan Shahrizal yang terjalin selama lima bulan berakhir pada Februari lalu kerana lelaki itu dikatakan berlaku curang.
Miera berkata dia hanya berkomunikasi dengan Shahrizal semata-mata untuk menjayakan watak itu sepanjang penggambaran berlangsung selama sebulan.
"Kami hanya berkomunikasi apabila babak kami dirakamkan. Jika tidak, kami akan duduk berasingan dan membuat hal masing-masing. Pada peringkat ini, saya sedang menyesuaikan diri dan emosi akibat perpisahan itu.
"Jujurnya, masih berat dan sukar untuk saya berpura-pura seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku di antara kami sebelum ini," luahnya.
Diusik mengenai keputusannya menerima tawaran untuk berlakon bersama, Miera berkata tawaran tersebut diperolehnya lebih awal sebelum dimaklumkan oleh pihak produksi bahawa Shahrizal turut serta dalam drama berkenaan.
"Saya tertarik dengan idea dan konsep drama itu yang bertemakan percintaan. Sebab itu, saya menerima tawaran tersebut. Saya tidak sangka pula dia (Shahrizal) akan ditawarkan sebagai hero drama ini.
"Jika saya tahu daripada awal, mungkin saya tidak ambil. Namun, saya menetapkan syarat kepada syarikat produksi iaitu kami hanya berlakon atas dasar profesional dan tiada isu-isu peribadi perlu dilibatkan sepanjang penggambaran," akuinya.
Ps: Kalau Si Miera ni rasa susah, dia patut gi jumpa Si Ketua Penipu tu sebab dia seorang Pelakon yang Hebat. Lepas balun Chinadoll, dia boleh terus masuk watak jadi Imam. Buat - buat muka tak bersalah memang dia terer!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping