LOS ANGELES - Penyanyi dan pelakon remaja Hollywood, Demi Lovato mendedahkan dia ingin berkahwin dan memiliki anak pada usia 30 tahun.
Bintang berusia 19 tahun itu melahirkan hasrat untuk memiliki teman lelaki yang mempunyai sifat kelakar dan memahami.
"Seperti kebanyakan wanita lain, saya juga mahu berkahwin dan mempunyai anak. Usia 30 tahun adalah sasaran saya untuk melaksanakan impian tersebut.
"Saya tertarik dengan lelaki yang suka berlawak dan mampu membuat saya ketawa," katanya.
Juri rancangan realiti televisyen X Factor itu juga menyatakan bahawa dia tidak suka lelaki yang gemar mengatur urusan hidupnya.
"Saya tidak tertarik dengan lelaki yang bersikap suka mengongkong dan patuh dengan setiap kata-katanya," ujarnya.
Lovato sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang anggota kumpulan The Jonas Brother, Joe Jonas, namun mereka berpisah pada 2010.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.