LAMBAKAN drama Indonesia yang ditayangkan di setiap stesen televisyen tempatan ketika ini seperti tiada penghujungnya.
Ada drama Indonesia masih ditayangkan di salah sebuah stesen televisyen kita ketika ini telah mencecah episod ke 115, namun ia tetap mendapat sambutan yang tinggi dari penonton.
Keuntungan yang diperoleh setiap stesen televisyen membuatkan mereka lupa tentang kesan buruknya terhadap masa depan industri drama tempatan.
Yang peliknya, di Indonesia tiada pula ada drama-drama kita diagung-agungkan seperti fenomena yang sedang berlaku di negara kita ketika ini.
Hampir setiap hari, siang dan malam drama-drama Indonesia menghiasi televisyen kita. Bukan sahaja drama malah paling membimbangkan ketika ini ada filem porno Indonesia dalam bentuk DVD. Penjualan ini mengaut keuntungan yang lumayan.
Filem porno Indonesia itu dianggap menyaingi filem cetak rompak tempatan berikutan kebanyakan pelakon ditonjolkan ialah artis jelita selain bintang pornografi Jepun dan Barat.
Antara judul terbaru filem semi porno Indonesia yang baru memasuki pasaran ketika ini adalah Ayam Kampus, Skandal, Pelukan Janda Hantu Gerondong, Tante Seksi dan Hantu Tanah Kusir.
Kebanyakan kedai DVD ketika ini menjual lebih 100 judul filem Indonesia pelbagai genre terutama filem cinta berunsur erotik dan hantu.
Walaupun dijual dengan harga RM7 sekeping, namun sambutan pelanggan amat menggalakkan sehingga ada penjual memberitahu, mereka berulangkali membuat tempahan daripada pengedar.
Menurut satu kajian yang telah dilakukan, kebiasaannya pelanggan tertarik untuk membeli filem dari Indonesia kerana tertarik pada gambar dipaparkan pada kulit album DVD.
Pengeluar filem Indonesia begitu bijak mengeksploitasi pelakon wanita kebanyakannya berani beraksi ranjang atau menunjukkan aset tubuh untuk menarik perhatian penonton.
Filem porno ini tidak dibenarkan memasuki pawagam Malaysia. Namun sindiket mendapatkan bekalan sebelum membuat salinan di negara ini kerana amat menguntungkan. Sementara pembeli DVD porno ini adalah kalangan orang Melayu.
Kebanjiran pelbagai filem porno atau hantu seksi dari Indonesia dalam DVD cetak rompak sejak beberapa bulan kebelakangan ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Senario ini sudah lama berlaku di negara ini cuma yang membezakan genre filem berkenaan.
Ketika ini genre seram mendapat sambutan yang begitu hangat dan kesempatan itu diambil pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan membawa filem genre serupa dari negara luar, terutama Indonesia.
Dengan kulit depan yang menjadi tarikan utama, pengedaran DVD ini semakin hari semakin bertambah seperti tiada langsung penguatkuasaan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan.
Pihak berkuasa perlu lebih tegas kerana ia memberi kesan negatif dan mencetuskan masalah sosial kerana filem itu dijual secara terbuka termasuk kepada kanak-kanak. Ia turut menjejaskan pendapatan pembikin filem dan drama tanah air.
astro asyik tayang cter indonesia y sm n b'ulang.waste my money to pay bill.tv3 dh kurang ckit but ak mmg sk cter from pinoy(filipina)sorry wrong spelling.ak geram astro..dh sedia pakej pelangi n bintang utk cter indonesia pon still tayang cter indon kat astro ria n prima..so suck(awful).
BalasPadam