Ahad, Jun 03, 2012


Ps: Hebat jati diri anak - anak Pekan ni rupanya ye. Tak hairan la kalau semangat 'determination' yang dimiliki oleh Perdana Menteri juga cukup kuat.

Mungkin inilah yang menjadi anugerah daripada Allah S.W.T. Tidak mudah mengaku kalah dan mempunyai kesedaran secara semula jadi. Jangan la jadi macam puak - puak yang tak sedar diri tu sudah la!!!
BERCERITA mengenai lakonan pula, akui Fazura yang dia sememangnya lebih memilih saat ini. Tidak mahu terus membawakan watak yang tidak mendatangkan manfaat kepadanya dan masyarakat, itu keputusan yang dibuat.

“Saya bukan lagi muda untuk membawa watak gadis liar, duduk seksi di tepi kolam renang mahupun jadi orang yang tak baik. Saya melihat masa itu telah berlalu dan tidak mungkin akan berulang lagi.

“Memang banyak tawaran yang saya dapat. Tapi bila melihatkan skrip, saya tahu watak dalam drama itu tidak seperti yang saya harapkan. Daripada saya terus berlakon tanpa kerelaan, baik jangan ambil.

“Kebanyakan pengarah menawarkan watak yang memang tak manis dan memerlukan saya beraksi yang kurang sopan. Saya perlu jaga air muka ibu dan keluarga saya.

“Biarlah saya tak ada produk baru asalkan saya tidak memalukan diri dengan filem atau drama yang sebegitu," jelasnya.

Tapi benarkah ada kekecewaan yang bersarang di hati Fazura? Dan benarkan kekecewaan itu yang membuatkan dirinya memilih sampai ke tahap begini?

Menjawab persoalan itu, Fazura mengakui ada drama yang akan memberikan impak negatif kepada masyarakat tetapi tidak diambil peduli oleh sesiapa pun.

Bertitik tolak atas kesedaran itulah yang membuatkan dirinya tidak mahu terus ‘merosakkan’ ahli masyarakat dengan paparan kurang enak yang disogokkan tanpa henti.

“Memang ada sedikit kekecewaan bila mengenangkan perkara itu. Kenapa mesti terus mengadakan watak yang tak masuk akal yang pada akhirnya akan membawa impak negatif.

“Jangan anggap sesebuah karya itu tidak ada pengaruh baik atau buruk. Apa yang saya inginkan sekarang hanyalah produk-produk yang mampu memberikan kebaikan kepada semua.

“Yang paling menghairankan apabila ada segelintir pelakon kita yang langsung tidak memikirkan soal itu dan hanya terima bulat-bulat. Mereka ada alasan sendiri, mungkin juga mereka tiada pilihan dan terpaksa terima.

“Berbalik kepada niat masing-masing sebenarnya. Ada beza antara anak seni dan artis. Yang ramainya sekarang ialah artis yang memang nak popular dan kejar glamor. Bila dah popular boleh himpit mana-mana orang yang mereka suka.

“Melalui pemerhatian saya, pelakon yang baik kurang mendapat publisiti sebaliknya pelakon yang mengejar populariti dia akan keluar dengan pelbagai cerita yang kadang kala menjelikkan. Itu lumrah.

“Bila dah terlalu ramai yang nak jadi artis, mereka ini adalah golongan yang menyesakkan industri sebenarnya," kata Fazura lagi.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping