Jumaat, Jun 15, 2012

KUALA LUMPUR - Pelakon drama bersiri Indera Joned, Nur Anzalna Nasir akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan kontroversi antara dia dan Neelofa dalam tempoh tujuh hari ini.

Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima sebarang notis tuntutan penjelasan daripada pihak Neelofa.

Mengakui tidak takut dengan sebarang tindakan yang bakal diambil terhadapnya, Anzalna turut menegaskan, dia bersedia bersemuka dengan pelakon dan pengacara itu.

"Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman.

"Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Neelofa hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Menurut Anzalna, biarpun dia mempunyai bukti yang Neelofa memfitnahnya namun menegaskan tidak mahu memanjangkan perbalahan dan sanggup meminta maaf kepada pengacara Nona itu.

Malah dia positif dan tidak gentar sekiranya pernyataan maafnya itu nanti akan membuatkan khalayak memandang serong terhadapnya dan menganggap dia bersalah.

"Orang di dunia ini hanya pandai menilai tetapi Tuhan Maha Mengetahui, tahu yang mana benar dan yang mana salah.

"Dan sebagai orang Islam, walaupun saya tahu saya benar, saya sanggup merendah diri dan dengan ikhlas memohon maaf.

"Industri ini tak besar manapun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita.

"Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara baik," katanya yang mengakui tidak tertekan dengan kontroversi tersebut malah mengambil perkara tersebut secara positif.


Ps: Fuh!!! Nasib baik dia ajak Si Neelofa tu selesaikan masalah secara Gentlelady. Kalau 'gentel'-lady, tak ke haru jadinya. Hehehe...

Apa pun, harap - harap masalah diorang ni dapat diselesaikan secara aman. Tak payah la nak bawak ke mahkamah beria sangat. Bukannya ada faedah pun!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. nak tau juga sapa yang betul..biasa la manusia nie suka gosip mosip nie...

    BalasPadam
  2. Yg salah sbenarnya jenalu2 jantan jadian yg semangkin banyak didlm industri kewartawanan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping