Jumaat, Jun 15, 2012

Jaringan Mario Mengecewakan Pasukan Itali

Itali hampiri untuk menamatkan badi sejak tahun 1991 apabila mendahului 1-0 ke atas Croatia dalam perlawanan menarik yang berlangsung di Stadium Municipal Poznan.
Bagaimanapun Croatia menyamakan kedudukan pada minit ke-72 hasil jaringan yang disumbangkan oleh Mario Mandzukic.

Itali yang mencari tiga mata penting mendahului melalui sepakan percuma menerusi Andrea Pirlo pada minit ke-39, sekali gus menghidupkan kembali peluang mereka untuk melayakkan diri ke suku akhir Euro 2012.

Croatia yang tersentak dengan jaringan awal Itali cuba melakukan asakan, namun penguasaan yang didominasi oleh skuad Azzuri nyata tidak berhasil untuk menjaringkan gol.
Skuad bimbingan cesare Prandelli yang mampu untuk menjaringkan gol pada babak awal perlawanan bagaimanapun gagal dilaksanakan dengan baik.

Walaupun secara kasarnya, Croatia banyak menguasai perlawanan, namun percubaan menarik datangnya dari pasukan Itali dengan 11 percubaan ke gawang gol manakala Croatia hanya berjaya mengumpul 4 peluang sahaja.

Perlawanan seterusnya menyaksikan bekas juara Piala Euro 2008, Sepanyol bertemu dengan pasukan Republik Ireland jam 2.45 pagi nanti.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping