Ish!!! Tak de kerja betul diorang ni. Suka sangat main londeh - londeh. Tapi apa boleh buat. Dah diorang sendiri cari penyakit, memang patut sangat la dilondehkan.
Bagi semua orang tau rupa sebenar puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Biar rakyat sendiri menilai sebanyak mana diorang boleh menipu. Itu pasal la kena londeh banyak kali!!!
Tapi, hakikatnya, diorang tak perlu dilondehkan beria - ia. Sebab diorang memang akan terlondeh sendiri. Semua orang pun dah tau yang pekung diorang semua dah berbau. Tak guna la diorang nak sorok - sorok. Buat mengabihkan masa je!!!
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengharapkan debat kali kedua bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 8 Julai ini akan dapat membongkar kelemahan Pakatan Rakyat.
Soi Lek berkata perdebatan kedua dalam Bahasa Inggeris itu nanti adalah peluang keemasan kepada rakyat membuat penilaian yang sebenarnya DAP adalah parti politik putar belit.
“Saya setuju berdebat kali ini kerana ia memberi peluang untuk mendedahkan pembohongan DAP dan selalu memutar belitkan keadaan termasuk mengadakan publisiti bagi mempengaruhi pengundi khususnya daripada kaum Tiong Hwa.
“Saya berharap rakyat dapat menilai peranan MCA dalam pembangunan negara semenjak dahulu sebelum mencapai kemerdekaan dan bukannya menyalahkan Barisan Nasional sepenuhnya seperti hujah DAP dalam debat sebelum ini,” katanya.
Soi Lek selain itu berkata MCA bekerjasama dengan parti komponen untuk memastikan rakyat terus memilih BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Katanya, rakyat tidak seharusnya dibiarkan tertipu oleh PAS dan perlu menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membolehkan transformasi mencapai kejayaan.
Untuk rekod, debat pertama lalu diadakan dalam bahasa Mandarin, Guan Eng itu dikatakan gagal menjawap persoalan yang dibangkitkan.
Justeru perdebatan kali ini, Soi Lek berharap Guan Eng tidak berdolak-dalik dalam memberikan jawpaannya.
“Saya berharap debat kali ini tidak seperti yang pertama kali diadakan dan kita mahu ia diperdebatkan dengan baik memberikan alas an menolak memberikan jawapannya. Selepas itu biar rakyat yang menentukan isi kandungannya,” katanya. - Sumber
salam to admin
BalasPadammana tahu ada peluang untuk blog link disini
http://usezworkshop.blogspot.com