Kalau sebelum ni, kecoh cerita pasal artis ditaja untuk bukak perniagaan. Orang bagi modal untuk menggalakkan Melayu berniaga pun salah? Heran.
Kali ni, sebagai langkah berjaga - jaga, seorang lagi artis tampil menafikan yang dia juga ditaja oleh pihak tertentu. Apa yang dia buat semua atas hasil titik peluh sendiri.
Tapi, kalau ada orang yang bagi sumbangan pun apa salahnya beb? Itu semua untuk kebaikan juga. Melabur sambil membantu orang Melayu berjaya.
Kalau dikalangan bangsa Cina, perkara seumpama ini memang banyak dilakukan. Itu pasal la diorang boleh berjaya seperti sekarang ni.
Sebab itu ikatan kaum Cina ni kuat. Mereka saling bantu membantu diantara satu dengan yang lain demi kemajuan bangsa mereka. Tak pulak ianya digelarkan sebagai Assobiyah.
Tinggal lagi, ada sesetengah orang Melayu je yang mudah naik cacing ke mata bila tengok orang Melayu berjaya. Pantang sikit, ada la dakwaan yang dibuat. Ada skandal la, itu la, ini la. Semuanya dengki belaka. Itu pasal la diorang suka buat cerita yang bukan - bukan!!!
MELANGKAH masuk ke butik elegan House of Doll (HOD) yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar dan melihat ratusan pakaian digantung rapi memenuhi rak, ia terus mengingatkan penulis kepada gaya peragaan yang sinonim dengan pemiliknya, Nur Fazura Sharifuddin atau Faz.
Memang tidak menghairankan kerana HOD sememangnya jenama keluaran pelakon jelita itu yang sudah bersedia menawan penggemar fesyen tempatan selepas lapan tahun berjaya menjadi pelakon dan pengacara.
Apabila berbicara mengenai wanita ini, berputar soal tiga perkara yang cukup sinonim dengannya iaitu kecantikan, bakat lakonan serta gaya fesyen. Justeru, pemilihan untuk mengusahakan butik sendiri adalah satu keputusan yang sangat tepat.
“Daripada sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan ‘haute couture’ atau adi busana, semuanya diilhamkan daripada cita rasa dan rekaan Faz sendiri.
Bukan itu saja, HOD juga menyediakan pakaian untuk siang hari dan malam termasuk gaun ke majlis atau keramaian.
“Faz turut bergabung idea dengan pereka fesyen terkenal, Rizman-Ruzaini untuk koleksi eksklusif. Kenapa Faz pilih Rizman-Ruzaini? Ia kerana kami sudah bersahabat sekian lama. Malah mereka berdua memahami cita rasa selain tahu apa yang Faz mahukan.
“Misalnya, setiap kali Faz perlukan baju, Faz cuma hubungi mereka dan setiap kali mereka serahkan kepada Faz, Faz terus suka. Setakat ini mereka belum pernah menghampakan selera Faz.
“Bagi Faz, Rizman-Ruzaini dua gandingan yang sangat hebat. Mereka bukan saja pereka muda yang penuh daya kreatif tapi juga dihormati ramai kerana berjaya menghasilkan koleksi menarik dan unik,” ujarnya.
Berasal dari Pekan, Pahang, wanita yang diperkenalkan menerusi filem Bicara Hati pada 2004 ini berkata, idea merealisasikan premis perniagaan itu tercetus apabila sering dihujani pertanyaan ramai peminat yang ingin tahu dari mana dia membeli pakaiannya.
“Kos butik ini hanya dibiayai Faz seorang saja. Sebab itulah Faz ambil masa sampai dua tahun untuk memulakan perniagaan ini.
Salah satu sebabnya bukan saja kerana mengumpul wang tapi juga masalah lokasi. Mujurlah Faz berjaya dapatkan lot di sini.
“Apapun Faz ingin tegaskan di sini bahawa Faz tidak pernah ditaja untuk mengusahakan butik ini. Untuk membuka butik ini, Faz memang berhabisan dengan menggunakan wang hasil titik peluh berlakon, mengacara dan menjadi duta produk.
“Bagi Faz semua orang boleh mengusahakan perniagaan ini kerana ia tidaklah sampai menelan belanja jutaan ringgit,” jelasnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.