Jumaat, Jun 01, 2012


Ps: Adakah itu sebabnya mereka bergiat dalam kancah dunia Politik? Adakah mereka mula mengidam dan GILA Kuasa??? Semuanya bergantung kepada mereka sendiri.

Kalau rasa diorang boleh bantu rakyat dan menjaga kebajikan mereka, teruskan. Tapi kalau setakat tau bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Jadi, sendiri mau ingat la ye!!!
KUALA LUMPUR: Penyanyi tahun 70-an dari Indonesia, Emilia Contessa, 55, memberitahu penglibatannya dalam arena politik akan membuka ruang untuk beliau bergelar Ahli Parlimen pada pilihan raya negara itu yang dijadualkan tahun 2014.
Beliau berkata, hasratnya adalah untuk memperjuangkan hak dan akidah Islam di Indonesia agar tidak terus tercemar dan berharap usahanya akan mencapai kejayaan.
“Saya sudah 13 tahun berjuang dalam politik. Malah saya pernah kalah ketika pengundian tetapi saya tidak pernah patah semangat.
"Hasrat saya memang tinggi menggunung untuk memperjuangkan akidah umat Islam di Indonesia,” katanya kepada pemberita dalam satu pertemuan di restoran Sahara Oasis, Jalan Ampang di sini, Khamis.
Emilia hadir untuk memenuhi undangan Persatuan Ikawa Malindo yang menganjurkan persembahan tertutup untuk kaum wanita di Hotel Sunway Putera di sini, malam Jumaat.
Emilia yang mewakili parti Persatuan Pembangunan iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak masyarakat Islam Indonesia berkata, penglibatannya dalam politik telah membabaskan kerjayanya dalam bidang seni.
Ujarnya, ia disebabkan dia perlu berkempen ke merata tempat untuk mencari pengaruh yang memaksanya menolak banyak undangan persembahan pentas.
“Saya amat bersyukur pada ketika ini saya masih mendapat banyak undangan menyanyi tetapi saya tidak dapat memenuhi semuanya kerana saya aktif berpolitik.
"Saya juga meninggalkan terus dunia lakonan,” jelasnya yang pernah popular degan laguPenasaran, Bunga Mawar, Rindu, Mungkinkandan Kehancuran.
Walaupun tidak terlalu aktif dalam bidang seni, beliau sentiasa memperuntukkan masa satu jam sehari untuk mengasah vokalnya dengan menyanyi sambil diiringi muzik piano.
Latihan tersebut katanya, mampu membuatkan seseorang itu mengekalkan kelunakan suara masing-masing walaupun ketika usia sudah lanjut.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Pengalaman luas beliau dalam mengurus diri dipercayai boleh ditugaskan mengurus ummah....beliau berani bersama lelaki bukan suami yang lebih muda dan apa tidak boleh ke keberaniannya ditunjulkan pulak kepada orang tua yang mudah jatuh cinta dengannya...Parti yang dimasukinya itu membolehkannya berbuat sesuka hati...muadha cari calon suami sebab parti yang diceburinya memang parti kuat sex.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping