Selama hari ini, tak de orang pun perasan yang Si Khalid Gagap ni cukup bagus menjalankan tugas dia. Semua benda dia boleh buat walaupun dalam keadaan tergagap - gagap.
Punya la bagus sampaikan semua kerja dia buat sendiri. Nak pos surat pun, agaknya dia jugak yang kena buat sebab takut surat tu tak sampai ke pejabat Pos.
Demikianlah yang hendak disampaikan oleh Si Khalid Gagap ni kepada seluruh rakyat Malaysia. Dia mampu buat semua kerja ni tanpa bantuan dari orang lain.
Hari tu, masa PTPTN bekukan pinjaman kepada pelajar Unisel, dia pun mula menggelupor mencari jalan lain untuk menutup aib partinya.
Mana tidak. Parti dia jugak yang berselak - selak nak hapuskan pinjaman tersebut. Jadi, tempiasnya terkena pada pemerintahan Negeri dia.
Maka, jalan alternatif yang singkat dapat dilakukan ialah dengan menjual aset UNISEL yang berupa sebidang tanah dengan harga RM 90juta.
Namun, daripada RM 90juta tu, hanya RM 30juta sahaja yang akan diberikan untuk membantu membiayai pendidikan pelajar yang terbabit. Bakinya, entah apa dia nak buat.
Soalnya, kepada siapa dia nak jual tanah tersebut? Kenapa pulak dia nak jual sedangkan rizab Kerajaan Negeri ada sebanyak RM 1billion?
Dan persoalan yang paling utama, kenapa dia tak gunakan duit yang ada di Yayasan Selangor untuk membantu pendidikan pelajar - pelajar ni? Takkan Yayasan pun dah tak de duit kot?
Walaupun PTPTN telah membatalkan pembekuan ke atas pelajar di UNISEL, Si Khalid Gagap ni tetap juga mahu mencairkan aset UNISEL dan jual tanah tersebut.
Tindakan dia tu bukannya untuk membantu pelajar. Sebaliknya, dia hanya sekadar nak menjaga air muka serta mengekalkan egonya dikalangan rakyat.
Dia tidak mahu rakyat melihat dia seorang yang GAGAL menangani masalah ini dan hanya tunduk kepada Kerajaan Pusat semata - mata. Dia perlu tunjuk dia bagus.
Tetapi, dalam masa yang sama, orang sombong, angkuh dan riak seperti Si Khalid Gagap ni sentiasa lupa. Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Si Khalid Gagap ni lupa yang dia sememangnya seorang pemimpin yang GAGAL. Dia GAGAL dalam menyelesaikan masalah Naib Canselor UNISEL tu sendiri.
Macam mana dia nak selesaikan isu pendidikan percuma sedangkan isu perlantikan Naib Canselor tu pun dia tak mampu nak buat!!! Itu pun dia masih tak sedar lagi ke?
Sampai bila UNISEL tu nak pakai Pemangku Naib Canselor? Benda mudah macam tu pun dia GAGAL nak selesaikan, inikan pulak nak selesaikan masalah lain!!! Alamat jahanam la jadinya!!! Setakat cakap je boleh la. Itu semua orang pun boleh buat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.