Isnin, Jun 25, 2012

Dulu dia pernah dikaitkan dengan isu sosial, playgirl dan gosipnya dengan seorang lelaki berstatus Datuk.

Reda kisah itu, Ramona buat lagi hal dan kali ini dengan sebuah syarikat penerbitan majalah tempatan.

Dikatakan mengamuk gara-gara gambar seksi yang dikeluarkan, pihak media tersebut juga turut dimarahi kerana menyediakan pakaian tersebut yang kemudian mendapat teguran daripada pihak keluarga Ramona.

Tak cukup dengan isu pilihan baju seksi, Ramona juga turut melahirkan rasa tak puas hati kerana digandingkan dengan pelakon tak popular untuk satu sesi fotografi yang dijalankan baru-baru ini.

Kesemua rungutan ini disampaikan secara terus melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh Ramona kepada pihak majalah berkenaan yang tentunya terkejut dengan tindakan di luar dugaan. Ikuti temubual berikut bagi mendapatkan jawapannya:

Khabarnya baru-baru ini Ramona menghantar SMS dan mengamuk tak tentu fasal dengan sebuah syarikat penerbitan majalah, apa masalah sebenarnya?

Saya mengaku memang ada menghantar SMS pada mereka tentang isu-isu yang dihebahkan. Tapi niat saya cuma mahu berterus-terang dan berkongsi apa yang saya rasa tentang ketidakselesaan saya semasa sesi fotografi yang berlangsung. SMS yang dihantar juga dalam nada yang baik. Bukan marah-marah atau caci-maki.

Kalau tak puas hati kenapa tak telefon saja? Kenapa perlu SMS yang boleh mengundang pelbagai persepsi bagi si pembaca?

Okey. Itu salah saya. Sepatutnya lebih baik saya menghubungi pihak mereka tapi mungkin juga kerana ketika itu saya tertekan dan tak tahu macam mana nak menyelesaikan masalah. 

Bapa saya tegur kerana gambar yang dikeluarkan pihak majalah itu agak seksi dan dia tidak suka begitu. Saya pun tak sangka keadaan akan jadi macam ni. 

Tujuan saya cuma mahu bersikap jujur. Lebih baik saya terus-terang daripada saya hipokrit depan baik, tapi belakang cakap benda lain. Betul tak?

Kalau tak mahu seksi, jangan pakai baju tu dari awal. Pilihan di tangan Ramona jadi kenapa nak salahkan pihak lain?

Betul. Memang saya sendiri yang meminta mereka carikan tajaan pakaian untuk fotografi itu. Tapi saya dah cakap tak mahu seksi. Bila dah sampai di lokasi baru saya dapat tahu mengenainya. 

Tapi atas prinsip menghormati dan menghargai usaha orang, saya pakai juga. Tambahan pula, pereka busana itu ada di situ. Itu semua saya lakukan kerana saya menghormati mereka.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping