Dengan terkeluarnya kenyataan Si Rafizi Jambu ni, maka spekulasi yang Semut terima sebelum ini memberikan cahaya terhadap Politik di Terengganu.
Kata Si Rafizi Jambu tu, isu dia bertanding dimana kawasan sekali pun tidak menjadi satu isu utama. Apa yang penting, dia bertanding itu sahaja.
"Soal saya bertanding di mana itu tidak menjadi isu, yang penting saya akan bertanding pada PRU kali ini.
"Setiap keputusan berkenaan calon yang bertanding akan dibuat oleh pemimpin tertinggi setiap parti pada saat akhir menjelang pilihan raya," katanya.
Kalau sebelum ini, sebuah laman blog Pro Pembangkang menyalahkan Si Azan Ismail cuba mensabotaj program yang diatur oleh PKR Kemaman, lain pulak yang Semut dengar.
Katanya, ahli PKR Kemaman kecewa dengan Si Rafizi Jambu kerana diumumkan akan bertanding diluar kawasan Kemaman.
Selama ini, mereka mengharapkan Ketua Cabang tu akan bertanding di kawasan Kemaman dan berhadapan dengan Datuk Seri Shabbery Cheek.
Namun, pengumuman yang dibuat oleh Si Ketua Penipu dalam satu ceramah di Pandan tak berapa lama dahulu menguris hati mereka.
Ahli - ahli PKR Kemamamn terasa diri mereka seolah - olah dianak tirikan oleh Ketua Cabang mereka sendiri. Hasrat mereka hanya dipinggirkan begitu sahaja.
Atas sebab itulah mereka beralih arah dan mengadu nasib kepada Pengerusi PKR Terengganu, Si Azan Ismail. Dan sebab itulah Azan buat program lain di Kemaman.
Mungkin tindakan seperti ini sudah menjadi norma kepada pemimpin - pemimpin PKR gamaknya. Mereka lebih suka jaga orang luar dari jaga kebajikan anak buah sendiri.
Malah bukan sahaja Rafizi Jambu tetapi Si Azan Ismail pun macam tu jugak. Demi pangkat dan kuasa, dia sanggup abaikan pengundi dia di Indera Mahkota dan lari ke Terengganu.
Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah memang peel puak - puak Pakatan Pembangkang tu macam tu. Suka jaga nyamuk diseberang laut dan biarkan bangkai gajah mati depan mata.
Yang malangnya, rakyat yang memilih mereka jadi wakil rakyat. Bukan setakat rakyat biasa yang dipinggirkan. Malah ahli parti sendiri pun dibiarkan terkontang kanting. Macam mana diorang nak jaga kebajikan rakyat kalau kebajikan ahli pun diorang tak mampu nak jaga!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.