Bee Ant Cronies

Berita Pahang

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Terkini Di Pahang:

CHARLIZE THERON SEMAKIN KEJAM!!!


Jangan ukur perangai seseorang tu hanya berdasarkan dari paras rupa. Kadang - kadang, rupa yang cantik pun boleh menjadi seorang yang kejam gila. 

Tapi, nasib baik la Si Charlize Theron ni hanya bersikap sedemikian dalam watak filem je. Tinggal lagi, dalam dunia nyata pun, memang ada orang yang macam ni sebab memang itulah hakikatnya!!!
LEGENDA Snow White sebelum ini pernah diterbitkan dalam beberapa judul naskhah filem dan yang terkini, Snow White and The Huntsman sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Kisah yang sama dinukilkan, pasti akan ada Snow White, si gadis jelita, suci dan teraniaya yang 'mati' selepas memakan sebiji epal beracun, namun sihir kematian itu berjaya dirungkai oleh jejaka yang dikatakan cinta sejati melalui satu ciuman.
Tulang belakang cerita klasik yang sama cuma digarap dengan lebih enak untuk dihadam bersama grafik yang mantap mempersembahkan hasil lumayan untuk ditonton kali ini.
Namun, paling mencuri perhatian adalah lakonan pemenang pelakon wanita terbaik Anugerah Oscar menerusi filem Monsters pada tahun 2003, Charlize Theron sebagai permaisuri sihir bernama Ravenna yang merampas takhta pemerintahan sebuah negara.
Aktres jelita kelahiran Afrika Selatan itu berkongsi pengalamannya beraksi penuh misteri dalam filem arahan Rupert Sanders itu.
"Banyak yang perlu saya kaji mengenai watak dalam filem ini (Snow White and The Huntsman). Pada mulanya saya perlu mencari kenapa Permaisuri Ravenna bertukar menjadi jahat!
"Kemudian, barulah saya faham bahawa dia perlu mencari Snow White untuk kekal hidup sepanjang hayat, namun pada masa yang sama dia tidak boleh meninggalkan istananya.
"Sudah pasti, jika saya berada di tempatnya, kegilaan yang sama dapat saya rasakan dan ia mengingatkan saya mengenai watak Jack Nicholson dalam filem The Shining yang dihasilkan pada tahun 1980," katanya ketika temu bual bersama media antarabangsa baru-baru ini.
Tambahnya, karakternya perlu mencari kekuatan tersendiri seperti memasuki bilik yang mempunyai unggun api dan terdapat sebiji cermin ajaib untuk memotivasikan diri dengan cara lebih kejam.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Hari ni, SH nak tengok, berani ke tidak pencacai Pakatan tu letak ID diorang masa nak komen. Setakat berani letak 'Anonymous' atau 'Tanpa Nama' je, apa barang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Rajin, Duduk Atas!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.