Ahad, Jun 03, 2012


Ya!!! Semut pun hairan. Apa sebenarnya yang nak dipertikaikan oleh peminat - peminat Yuna ni? Puas Semut belek - belek gambar dia dalam Instagram tu.

Tapi, sampai sudah, masih jugak tak nampak bahagian mana yang terdedah. Yang nampak hanya hujung kaki dia sahaja. Jadi, macam mana orang boleh kata dia dedahkan aurat?

Kalau sebelum ni, isu pasal dia pakai 'Legging' ketat tu, boleh jugak la diterima akal. Memang ianya jelas salah disisi hukum agama. 

Tinggal lagi, artis bertaraf antarabangsa tu dah pun mintak maaf. Habis, apa lagi yang orang nak pertikaikan ni? Takkan la nampak hujung kaki tu pun orang dah tuduh kata dia dedahkan aurat kot!!! Haduyai!!!
Diatas ini adalah gambar yang dihantar Yuna buat tatapan peminat beliau di Instagram dua hari lalu.

Yuna yang sememangnya aktif di Instagram menghantar gambar ini ketika dalam perjalanan menuju ke Chicago, USA sebagai sebahagian daripada tour persembahan beliau.

Peminat yang prihatin, harapnya, tampil memberikan komen tentang Yuna yang mendedahkan aurat melalui gambar ini sedangkan popular dengan imej bertudung.

Tetapi, kalau anda pergi lihat di Instagram, komen komen negatif sudah dipadam oleh Yuna. Kami rasa peminat tidak perlu terlalu ekstrim dalam mengkritik. Berikut beberapa lagi gambar yang ada dalam instagram Yuna.

Categories:

1 ulasan:

  1. (i) Batasan aurat wanita
    Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

    “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping