Susulan kontroversi Cikgu Mala yang gila glamer nak masuk UMNO baru - baru ni masih belum reda lagi rupanya. Ada lagi orang yang nak hangatkan keadaan.
Biasanya, selepas satu sidang media dibuat untuk menafikan perkara tersebut, sudah tentu cerita itu akan senyap. Tapi tidak pula dengan Cikgu Mala ni.
Dia mungkin nak orang ingat nama dia. Maka sebab itulah spekulasi berkaitan dengan cerita dia nak masuk UMNO tu dibangkitkan oleh orang dalam.
Kini, satu lagi pendedahan dibuat apabila PAS Johor mengumumkan bahawa Cikgu Mala akan bertanding bawah tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Pengumuman tu dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Si Mazlan Pemalas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini.
Namun, Si Mazlan tu kata, Cikgu Mala berkemungkinan akan bertanding di tempat lain tetapi bukan didalam kawasan DUN Tenang.
"Sebenarnya soal calon ini bergantung kepada pencalonan yang dibuat kawasan, kawasan pula akan hantar kepada negeri...jadi setakat ini nama beliau (Normala) ada tapi tidak semestinya akan bertanding di tempat sama.
"Perkiraan kita adalah di mana yang sesuai di situ beliau akan bertanding. Persoalan sama ada beliau bertanding, jawapan ya (akan bertanding) tapi mungkin kawasan lain," katanya.
Uik? Kenapa pulak dia tak nak bertanding di DUN Tenang? Bukan ke dia dah cukup popular dikawasan tersebut? Nama dia pun orang dah tau.
Bukan setakat nama dia je yang orang kenal. Malah nama dan masalah suami dia pun orang dah tau. Kira dah famous GILA dah Si Cikgu Mala ni kat Tenang.
Tidak ke itu satu kelebihan buat dia untuk mendapat sokongan rakyat? Jadi, kenapa pulak PAS Johor nak campak dia ke tempat lain? Tak ke itu bakal menyusahkan dia kelak?
Sudah la suami dia kena mengajar kat sekolah yang jauh dari rumah. Dah dia pulak nak dicalonkan kat tempat lain. Lagi hancur la keluarga dia jawabnya!!! Huru hara jadinya nanti!!!
nantikan suami dia dapat balik penyakit lama dia.....tak pasal2 MC lagi
BalasPadamsebelum bertanding dulu kena letak jawatan sebagai guru terlebih dahulu.bila bertanding kalah pulak.nak mohon jawatan guru semula dah tak bolih lagi.kalau tak kerja duit tak masok.nak tak nak terpaksa ikut pas balik semula untuk dapatkan sesuap dua suap nasi.inilah padahnya bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.pepatah orang tua sesal dahulu pendapatan sesal kemudian sudah tidak barguna lagi.
BalasPadamTak baik menghina sebelum kita tahu kedudukan sebenarnya...Takutlah kepada Allah dalam menyebarkan berita palsu dan fitnah yang tidak mendatangkan manfaat kepada ummat Islam. Jangan menjuarai isu fitnah yang dibenci ALLAH SWT...Bertaubatlah sebelum terlambat...
BalasPadamIsu MC hanya spekulasi UMNO...Cuma tiada ruang untuk memberitahu kedudukan yang sebenarnya...Hanya Allah jua maha mengetahui..Teruskanlah ,menyebarkan berita palsu...Kelak akan diberi pembalasan oleh Allah Swt..
BalasPadammerbah desa sgt, jangan bercakap macam orang tak ada iman..Rezeki manusia di dunia ni datangnya daripada Allah swt...Bukan bukan datang daripada UMNO...Walaupun sesuap nasi, UMNO tak mampu beri pada anda ...Bertaubatlah sebelum terlambat...
BalasPadam