Ramai dikalangan rakyat Malaysia dan Selangor khususnya masih tertanya - tanya, apa fungsi dana RM 300juta yang diumumkan oleh Kerajaan PKR Selangor sebelum ini.
Apa tujuannya mereka gunakan duit tersebut? Adakah duit tersebut akan disalurkan kepada rakyat secara lansung atau digunakan untuk perkara lain?
Dek kerana RM 300juta inilah yang mengakibatkan PKR Selangor brekecamuk sesama sendiri. Akibat salah urus dana ini yang menjadikan mereka kucar kacir.
Hakikatnya, penggunaan dana sebanyak RM 300juta itu adalah untuk memancing undi. Kalau ikut cakap diorang ianya RASUAH yang diberikan kepada rakyat.
Dulu diorang bukan main lagi kutuk pihak Kerajaan Barisan Nasional sebab sering menggunakan agensi kerajaan dan peruntukannya untuk menghadapi Pilihan Raya.
Sekarang, apa cerita? Diorang pun dua kali lima jugak rupanya. Tahan la Kerajaan BN guna peruntukan dan bagi kepada rakyat. Yang diorang pulak, sapu sesama sendiri.
Itu ke yang dimaksudkan dengan perjuangan Reformasi? Duit rakyat diorang yang kapur, tapi dok tuduh orang lain yang tak amanah. Bila Kerajaan BN bantu, tuduh kata rasuah. Kalau diorang buat, tak kira rasuah pulak!!! Dasar manusia tak sedar diri. Macam sial!!!
Dari mana sumber wang sebanyak RM300 juta untuk Geran Selangorku terus menjadi teka-teki berikutan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi berdolak-dalik menyatakan sumber sebenar wang itu.Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed membangkitkan perkara tersebut berkata, sebelum ini, Kerajaan Negeri mengaku ia adalah hutang yang dikutip, namun dalam kenyataan lain, Abdul Khalid sendiri mengaku bahawa jumlah itu tidak termasuk dalam hutang Talam Corporation.“Perbelanjaan wang yang kononnya dikatakan akan dibuat secara tender terbuka, tidak berlaku seperti dinyatakan. Berdasarkan maklumat dalaman yang diterima, pengagihan RM300 juta ini adalah untuk tujuan infrastruktur yang dibuat dalam empat fasa,” katanya pada sidang media, di Shah Alam pada Selasa.Mohd Zin berkata, dana itu dipercayai dana khas Pakatan Rakyat (PR) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang didakwa cuba disembunyikan Kerajaan Negeri.“Jika tidak, kenapa perlunya kuasa mutlak menteri besar untuk menentukan kepada siapa peruntukan ini disalurkan jika kaedah tender terbuka diguna pakai?,” katanya dipetik Sinar Online. - SUMBER
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.