Mungkin itu ayat yang akan terpacul keluar dari mulut Si Nik Aziz bila dia baca cerita dibawah ni. Dah nak dekat akhir usia ni, dia dah tak peduli apa dah.
Apa yang penting bagi dia hanya untuk kekal berkuasa di Kelantan. Benda lain, boleh pergi mampus!!! Dia peduli pun tidak dengan apa yang orang nak kata.
Sedangkan pandangan ulama Antarabangsa mengenai isu Haji dan Pilihan Raya pun dia mampu tepis dengan ayat seperti tajuk artikel ni, apatah lagi dengan benda lain.
Lagi la dia tak herannya. Mungkin sebab itu lah yang mendorong 137 orang ahli PAS Kelantan bertindak meninggalkan parti tersebut.
Mana tidaknya. Ada Menteri Besar pun bukannya nak menjaga Kebajikan Rakyat. Inikan pulak nak harap dia dengar suara rakyat. Lagi la dia tak layan!!! Kalau korang nak tau, itulah cara PAS jaga Kebajikan Rakyat!!!
TANAH MERAH - Kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji yang dibuat selepas 22 tahun memerintah telah membuka mata sekumpulan 137 ahli dan penyokong Pas dari kawasan Manal 1 di sini bertindak menyertai UMNO.
Borang penyertaan sebagai ahli UMNO diserahkan bekas ketua cawangan Pas Manal 1, Joni Yaakob kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz pada majlis Selamat Tinggal Pas, di sini malam tadi.
Majlis yang diadakan di pekarangan rumah Joni itu, turut dihadiri Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Kamarudin Omar yang meluangkan masa menyampaikan ceramah dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Joni berkata, beliau meninggalkan Pas kerana sudah tidak percaya dengan perjuangan parti tersebut dalam membela kepentingan Islam di negara ini.
Katanya, Pas kini hanya mementingkan politik semata-semata dan dalam masa yang sama kebajikan rakyat khususnya di kawasan itu langsung tidak pernah dibela.
"Saya berasa sangat kecewa dengan Pas, sepanjang 35 tahun berada di dalam parti itu, Pas langsung tidak pernah berbakti untuk penduduk kawasan ini.
"Apa yang Pas tahu, mengadakan ceramah seterusnya menyerang UMNO dengan pelbagai tohmahan. Adakah itu parti Islam yang boleh kita harapkan," katanya.
Beliau melihat UMNO lebih bertanggungjawab dan sering membela nasib rakyat khususnya di kawasan Manal 1.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.