Selasa, Jun 26, 2012


Ini lagi satu kisah seorang pemimpin Pakatan Pembangkang yang memang jenis tak tau malu. Dia ni dari spesis yang suka membogelkan diri depan orang ramai.

Kalau tengok dari sudut pendidikan, mungkin dia bijak sikit je dari Si Mahfuz Bean. Tinggal lagi, otak dia je letak kat tempat yang sama iaitu di Kepala Lutut.

Mana tidaknya. Kalau orang yang ada pendidikan tinggi, sudah pasti dia akan kaji diri dia dulu sebelum nak bercerita pasal orang lain. Tapi, Si Nizar Lilin ni tidak.

Dia lebih suka membogelkan diri dia dulu dan kemudian baru pakai baju. Itulah yang dia buat dalam isu berkaitan dengan nombor plat WWW 1 tempoh hari.

Dia tuduh DYMM Tuanku Sultan Johor guna duit rakyat sedangkan masa dia jadi Menteri Besar dulu pun dia buat benda yang sama. Tapi lagi teruk dari itu.

Kalau Tuanku Sultan Johor setakat beli satu nombor je. Yang Si Nizar Lilin ni pulak sampai 16 nombor dia beli!!! Tu tak masuk kereta baru sekali. Berapa pulak harganya?

Yang paling penting, duit siapa yang dia pakai untuk beli kereta dan nombor lat tu semua kalau bukan duit rakyat jugak!!! Takkan la dia pakai duit dia sendiri kot!!!

Kali ini, Si Nizar Lilin tu kembali mempertikaikan pasal isu subsidi Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1M) yang diberikan kepada pemandu teksi seluruh Malaysia.

Bukan sorang dua yang dapat subsidi tersebut. Tapi SATU MALAYSIA dapat wei!!! Lebih dari 100ribu pemandu yang terlibat. Pun dia nak pertikaikan jugak, apa pasal?

Kata Si Nizar Lilin, tindakan Perdana Menteri tu merupakan satu bentuk rasuah untuk menarik sokongan dan undi dari kalangan pemandu teksi ni.
"Ini satu rasuah yang amat dasyat. Saya cukup kesian kepada Datuk Seri Najib sebenarnya. Sampai ke tahap merendahkan dirinya pergi ke pihak 70,00 pemandu teksi. Ini satu rasuah yang terlalu jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen..
Wah!!! Pandai jugak dia pusing cerita ye. Bila orang bagi, dia kata rasuah. Kalau dia bagi pulak, macam mana? Tak kira rasuah ke?

Dulu, masa dia jadi Menteri Besar, bukan ke dia bagi tempoh pajakan tanah selama 999 tahun kepada rakyat di Kampung Baru Cina? Tu tak kira rasuah pulak ke?

Tak pulak dia jatuhkan hukum sebagai satu hukum rasuah dan tindakan yang terdesak untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat?

Nampak sangat la Si Nizar Lilin ni jenis manusia yang tak sedar diri. Bila orang buat demi menjaga Kebajikan rakyat, dia tuduh rasuah sedangkan dia pun dok buat benda yang sama. Macam tu yang dia nak kata dia memperjuangkan Islam? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Pantang tok nenek aku tengok orang selit iklan komerSIAL seperti Global Products & Services Review ni.

    Tak jadi dah aku nak komen pasal topik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping