Hanya itu sahaja kesimpulan yang dapat dibuat tatkala membaca artikel panjang lebar yang dibuat oleh Presiden PAS Pusat ni.
Dia jelas menerima tamparan hebat dari Mufti Perak yang dilabelkan sebagai 'Mufti yang roh dan jasadnya bersama UMNO' berkaitan dengan isu Haji dan PRU baru - baru ini.
Kata Harusani, tanggungjawab menunaikan Haji ini tidak boleh ditangguh hanya semata - mata kerana Pilihan Raya kerana ianya bukan syarat sah membatalkan Haji.
Haji hanya boleh ditangguh sekiranya seseorang umat Islam itu tidak mampu dari segi kewangan atau pun dari segi kesihatan.
“Umat Islam yang mencukupi syarat wajib haji perlu menunaikan ibadah haji kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam keadaan seorang Yahudi atau Nasara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Maka disebabkan kenyataan itulah yang menyebabkan Si Hadi Awang ni merepek tak tentu arah dalam artikel yang dikeluarkan baru - baru ini.
Kata Si Hadi Awang, masyarakat Islam tidak tahu membezakan diantara 'Wajib Mudoyyak' dengan 'Wajib Muwassa' kerana ia tidak diajar dalam Fardhu Ain.
Namun, kata dia juga, ilmu tersebut terkandung dalam Feqah Islam dimana ianya terbahagi kepada dua iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
Soalnya, jika perkara tersebut tidak termaktub dalam Fardhu Ain, adakah ianya terkandung dalam Fardhu Kifayah dimana hukumnya tidak wajib hanya harus sahaja?
Sejak bila pulak Politik menjadi sebahagian dari Rukun Islam yang selama ini menjadi pegangan umat Islam? Adakah dia baru jumpa jugak benda ni dalam Al - Qur'an?
Benda ni tak pelik. Sebelum ni pun Si Hadi Awang sendiri mengakui bahawa perjuangan Negara Islam tidak termaktub dalam Al - Qur'an. Dah lebih 50 tahun, baru sekarang dia tau benda tu.
Jadi, adakah hukum menunaikan Haji ini termaktub dalam Fardhu kifayah sahaja dimana ianya boleh dilewat - lewatkan sekiranya seseorang tu mencukupi syarat sah Haji?
Sudah la Hadi oi!!! Jangan la nak memutar belitkan hukum Islam hanya semata - mata nak menegakkan benang yang basah. Hakikatnya, itu sahaja yang dia cuba buat.
Sebenarnya, ada dikalangan ahli PAS sendiri yang mempersoalkan perkara tersebut dimana mereka beranggapan bahawa ianya satu kenyataan yang tidak wajar.
Lagi pun, Datuk Seri Najib pun bukan la seorang yang bodoh untuk mengadakan Pilihan Raya dalam musim Haji. Orang UMNO pun ramai jugak yang pergi Haji.
Andai kata, PM keluar kenyataan bahawa PRU bukan dalam musim Haji, apa pulak kata puak - puak PAS ni nanti? Adakah mereka akan menerima kenyataan tersebut dengan hati yang terbuka? Jangan sampai diorang hilang akal sudah la!!!
SAMPAI ISU NAIK HAJI YANG MELIBATKAN 28000 JEMAAH SAJA PUN DEPA NAK POLITIKKAN. DEPA INGAT YANG PI HAJI TU ORANG PAS SAJA. LEBIH SEPARUH JUGA ORANG UMNO. BEBAL BETULLAH PUAK PAS NI.
BalasPadamkalau kena puak pas yg taksub ni dia sangup tak pergi haji kerana wajib pergi undi dulu sebab ulamak politik meraka cakap mcm tu. sedangkan giliran pergi haji ini satu pekara yg sangat dalurat kalau sekali kita terlepas susah untuk dapat untuk kedua kalinya. banyak bakal2 haji yg menunggu dan menanti dgn penuh rindu. adakala bakal haji ada yg menangis dgn rasa sebak melihat pangilan lambaian kaabah, sedangkan giliran meraka belum terseru lagi. bersyukurlah kepada bakal haji apabila sudah terseru. teruskanlah perjalanan mu dgn satu langkah niat, ikhlas, takwa dan tawakal serta sabar. mudahan2 mendapat haji mahbur bukan takbur.
BalasPadamJangan main-main cet woi. Klau dah nama naik..pi sajalah. Lainlah klau hampa dah pernah pi. Tangguhpun tak pa. Ikut suka hati hanglah. Pasai klau musim mengundi...syoknya banyok dapat duit. Depa beri, kita tibailah.
BalasPadamSalam 1 Malaysia. Kalau benar begitu kata Hj Hadi, semamangnya bukanlah menjadi kesalahan masyarakat tidak tahu tentang pembahagian "wajib" itu. Perbahasan yang rumit ini biarlah ulama & para mufti sahaja yang berbincang. Janganlah keluarkan istilah-istilah yang membuatkan masyarakat keliru. Terima sajalah pendapat yang dikeluarkan oleh para mufti. Perbahasan ulama tentang haji yang panjang lebar telah diteliti oleh para mufti & memilih yang sesuai & terbaik untuk dilaksanakan oleh rakyat Malaysia bersesuaian dengan keadaan kita sebagai orang Asia. Apa yang dilaksanakan selama ini sudah cukup mudah & senang. Kenapa tiba-tiba mereka ini menimbulkan persoalan sebegini? Sekiranya kerana kepentingan politik, sememangnya mereka ini tiada kesedaran sivil. Ya, kerana sengaja mengeruhkan air yang jernih.
BalasPadamblog sampah
BalasPadamsesaorang itu diwajibkan mengerjakan IBADAH HAJI sekali dalam seumur hidup pada yang mampu.undi diadakan lima tahun sekali pada mereka yang sudah berumur 21 tahun keatas.sekarang ni mana yang penting HAJI atau UNDI.
BalasPadamblog sampah..putar belit kuat
BalasPadam