Sindrom artis wanita masuk parti PAS sudah semakin hari semakin rancak nampak gayanya. Bila ditanya, alasan mereka sebab nak berdakwah katanya.
Tapi, yang herannya, diorang tu nak berdakwah kepada siapa? Kepada pengikut - pengikut PAS? Kenapa pulak diorang nak berdakwah kepada mereka?
Tak cukup lagi ke pengikut - pengikut PAS tu ditarbiahkan oleh pemimpin - pemimpin mereka selama hari ini sehingga terpaksa panggil artis pulak untuk tunjuk ajar?
Nah!!! Kalau nak berdakwah, bukan itu caranya. Cuba buat macam mana artis Indonesia ni buat. Baru la ada faedah!!! Bukannya setakat bercakap berapi - api diatas pentas Politik je!!! Itu membuangkan masa namanya!!!
NAMA Oki Setiana Dewi tentunya sudah tidak asing di kalangan penonton tempatan. Apatah lagi, bagi yang sudah menonton lakonannya dalam filem dan sinetron popular Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) karya Habiburrahman El Shirazy. Watak Anna Althafunnisa nyata cukup mempopularkan Oki.
Baru berusia 23 tahun, gadis yang tampil menutup aurat ini matang berbicara. Setiap patah katanya, jelas menonjolkan dia seorang yang berilmu.
Tanpa berlindung, Oki memaklumkan kedatangannya ke negara ini adalah untuk berkongsi kisah penghasilan dua novel karyanya dan pengalaman sebagai penulis.
Menghasilkan novel Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi dan Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi, anak kelahiran Batam, Indonesia itu yang ditemui pada majlis ramah mesra bersamanya di Spice Garden, Chulan Square, Kuala Lumpur kelmarin, mengakui sambutan yang diterimanya sangat baik.
“Novel pertama, Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi mengisahkan perjalanan hidup saya daripada seorang gadis biasa sehinggalah dikenali ramai selepas membintangi filem KCB.
"Dalam setahun penjualannya di Indonesia, novel ini menjadi antara karya yang laris di pasaran dan sudah lapan kali cetakan semula.
“Manakala, novel Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi pula baru tiga bulan berada di pasaran Indonesia dan sudah empat kali cetakan semula. Saya sangat bersyukur dengan penerimaan baik pembaca terhadap kedua-dua novel ini yang dihasilkan menerusi pengalaman yang pernah saya lalui.
“Bagi novel Sejuta Pelangi, saya menulis kisah diri ini bersama masyarakat. Antaranya, pengalaman mendekati seorang kanak-kanak pesakit kanser, bertemu orang di rumah sakit jiwa serta banduan yang dipenjarakan. Berada di sisi mereka, saya tidak menyangka golongan ini cukup tabah menghadapi dugaan Tuhan.
“Mereka memberi saya inspirasi dan pengajaran dalam hidup. Ia membuatkan saya mahu lebih memahami agama yang dianuti dan dekat dengan Sang Pencipta.
"Justeru, dengan sokongan baik yang diterima daripada golongan banduan, saya mengambil inisiatif menganjurkan kelas mengaji al-Quran di penjara.
“Aktiviti ini (ajar mengaji) sudah saya lakukan beberapa bulan yang lalu. Bagi saya, daripada menghabiskan masa dengan hanya mengambil gambar bersama saja adalah lebih baik diadakan majlis ilmu yang memberi manfaat untuk kami semua.
Secara tidak langsung, saya dan mereka (banduan) dekat dengan Allah,” katanya.
cantiknya beliau nih..
BalasPadamsyiah adalah agama sesat seperti ajaran ayah pin, rasul melayu, kristian, hindu dan lain2. malah lebih bahaya krn syiah berbohong di atas nama Ahlul Bait. iran adalah negara kafir yg x mgkin dserang oleh yahudi krn kwujudan iran sbg paksi syiah lebih mnguntungkn musuh2 ISLAM. kewujudan iran pada dunia ISLAM adalah sama seperti PAS di Malaysia. memastikan sentiasa ada perpecahan dikalangan umat ISLAM !! sentiasa memastikn ISLAM itu lemah. jahanam syiah ! jahanam pas !
BalasPadam