Ps: Agak - agak, alasan Si Assmin Ali ni boleh pakai tak masa kat padang mahsyar nanti? Yang derhaka pada ibu, dia. Jadi kenapa pulak dia nak salahkan media pulak? Hmm...
Mynewshub – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali terus menyalahkan pihak media hari ini berhubung isu dia tidak pulang untuk melawat ibunya.Azmin berkata, dirinya difitnah dan agenda media-media cetak adalah untuk menjatuhkan kerjaya politiknya semata-mata.“Ini kerja-kerja media yang cuba buruk-burukkan dan keruhkan peribadi saya. Apa-apa pun, saya tetap kasihkan ibu, tetap sayangkan ibu, tetap menjaga ibu saya dan kebajikannya.” Saya tidak pernah derhaka kepada ibu.“Institusi keluarga bukan untuk dipolitikkan, itu sahaja saya boleh katakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Pada sambutan Hari Ibu bulan lalu, ibu kepada Azmin, Che Tom, 78, telah meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap Azmin.Dalam luahan hati Che Tom, dia mendakwa Azmin sudah lama tidak pulang menjenguknya di rumah walaupun jarak pejabat Azmin dengan rumah tidak jauh.Che Tom turut mendakwa Azmin tidak pernah memberikan nafkah kepada ibunya apatah lagi melawatnya yang semakin uzur.Dalam sidang akhbar yang sama, Azmin turut mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya sekiranya beliau didapati terlibat dalam dakwaan rasuah 17 tahun lalu.Selain itu Azmin turut menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan kes pemilikan hartanya itu dibuat atas pertimbangan politik.“Apa jua tindakan yang perlu diambil, ia patut dibuat 17 tahun lalu. Bukan sekarang selepas 17 tahun…ini semua sebab pilihan raya sudah dekat,” katanya.Diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Shafee Yahaya yang mengakui mengesyorkan supaya mengambil tindakan disiplin terhadapnya, Azmin berkata: “Kalau betul ada tindakan yang perlu diambil sama ada untuk didakwa di mahkamah atau diambil tindakan disiplin, patut dibuat 17 tahun lalu…mengapa hari ini?”Dalam pada itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu belum dipanggil SPRM bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.
Jawapan atau penjelasan Jenis Apa ni.....?
BalasPadamHello azmin ali 17 tahun lalu kamu dimana ? Kerja dengan siapa? Dibelakang kamu siapa? Gaji kamu waktu itu dibayar siapa?
Mak kamu kata; 'kamu tak balik-balik lawat dia yang sedang ujur' kata-kata mak kamu keluar di youtube, seluruh dunia lihat dan dengan segala kata kata mak kamu.
Apa mak kamu pun makan rasuah untuk keluar youtube?
Apa media media bagi habuan untuk mak kamu bercakap?
kamu ni cacat akal atau kamu nak cacat bodohkan akal dan fikiran semua orang? Tidak ada nilai diri ke kamu ni, anak anak kamu melihat,membaca dan mendengar segala perihal kamu, atau kamu sedang mengajar mereka berlidah cabang. Apa sahaja mengenai kamu itu fitnah tetapi fitnah yang kamu tabur merata tempat tu bagaimana? Meminjam kata kata ketua kamu tempoh hari di lembah pantai......"kamu memang sial"