Rasanya dah tentu Si Ketua Penipu tu pening kepala pada ketika ini memerah otak untuk menjawab isu yang disiarkan dibawah ni.
Dia dah mula buntu kerana tak dapat nak fikirkan jalan keluar untuk terus memburuk - burukkan pihak Kerajaan sekiranya tindakan ini dilaksanakan kelak.
Selama ini, dia pukul canang keliling dunia mengatakan yang media di Malaysia ni tidak sebebas seperti mana yang ada diluar. Hakikatnya, dia kecewa sebab dia tak glamour macam dulu.
Itu satu kenyataan yang cukup retorik sebab kalau kita baca dalam surat khabar atau tengok berita dalam kaca televisyen, ada je cerita pasal dia.
Tidakkah itu dikira sebagai satu tindakan publisiti buat dia jugak? Jadi, macam mana dia boleh kata yang Pembangkang tak diberikan laluan dalam media arus perdana?
Sekarang, melalui Kementerian Penerangan, semua parti Politik yang bertanding akan diberikan ruang ke udara untuk bentang manifesto masing - masing.
Perkara itu akan dilaksanakan sepanjang Pilihan Raya Umum dijalankan kelak agar rakyat dapat melihat yang mana Realiti dan yang mana Fantasi.
Perkara inilah yang membuatkan Si Ketua Penipu tu pening kepala. Dia tengah pikir, macam mana nak keluarkan kenyataan tu nanti? Takkan dia nak kata ianya satu tindakan memancing undi jugak kot!!! Sebab benda ni, dia jugak yang mintak!!!
KUALA LUMPUR - Parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan jemaah menteri.
"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima.
"...Dan nas yang terpenting di situ ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau mengikut lunas tempoh masa yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berkempen, maka dalam masa berkempen itulah hak bagi menyuarakan manifesto parti-parti politik diberi menerusi RTM dan badan-badan penyiaran yang lain," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Berita RTM dan pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital di Angkasapuri di sini hari ini.
hmmm . tak baek awak :(
BalasPadam